Thursday, June 18, 2009

Al-assad jadi terkedu dan termenung sekejap bila TG Nik Aziz menyerang Tim. Presiden Pas Ustaz Nasarudin di dalam berita dan media. Hingga ustaz nasarudin dianggap buat 'sampah' dalam PAS dan di suruh meletakkan jawatan. Apa yang menyakitkan hati TG ni pasal kerajaan perpaduan ni. Hakikatnya TG Hadi Awang sebagai Presiden belum pun membentangkan apa-apa kertas cadangan mengenai kerajaan perpaduan dia, nasarudin dan mustafa ali dah di balun cukup-cukup. Sebagai orang yang berilmu agama dan di panggil Tok Guru bukankah lebih elok dia bersangka baik dahulu?
Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim yang lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa setiap mukmin itu bersaudara, seperti dalam firmannya yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al-Hujuraat, ayat 10)Seterusnya, Allah SWT telah memberi amaran, "Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat, ayat 11)
Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus suburkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah Islamiah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah Husnuzh Zhan iaitu 'berbaik sangka'.Oleh itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang berkait dengan peribadi seseorang apatah lagi seorang Muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya, apatah lagi memberi respons secara negatif.Allah berfirman yang maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak dingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujuraat, ayat 6).

Monday, June 8, 2009

Hakikat Perpaduan

Perpaduan itu satu rahmat dari Allah. Ia merupakan satu nikmat bagi manusia. Berbagai-bagai kebaikan boleh tumbuh hasil dari perpaduan. Masyarakat bersatu-padu, bertolong bantu, bela-membela, berkasih sayang, bertolak ansur dan bertimbangrasa. Masyarakat menjadi kukuh dan kuat. Apa sahajayang hendak dibuat atau dilaksanakan menjadi mudah keranasemua pihak bersetuju dan memberi kerjasama.

Keselamatan masyarakat terjamin kerana tidak ramai yang berani menggugatmasyarakat yang bersatu dan berpadu. Tambahan lagi tidak banyak perselisihan atau pertelingkahan boleh berlaku dalam masyarakat yang bersatu-padu. Kalaupun ada, ianya mudah diselesaikan.

Lawan kepada perpaduan ialah perpecahan. Perpecahan adalah satu bala dari Tuhan. Apabila masyarakat berpecahbelah maka akan timbul berbagai-bagai gejala yang negatif,yang menyakitkan dan menyusahkan manusia. Akan berlakukrisis, kata-mengata dan tuduh-menuduh. Akan berlaku pergaduhan.Hidup manusia menjadi kucar-kacir dan tidak aman.Kehidupan tergugat. Keselamatan tergugat. Ekonomi jugatergugat. Segala-galanya tergugat. Jenayah pula berleluasa.Akan banyak berlaku kecurian, rompak-merompak, rogol,pergaduhan dan bunuh-membunuh. Manusia menjadi cemas dan takut. Hidup seperti dalam Neraka.

Untuk mencapai perpaduan bukanlah satu perkara yang mudah. Ramai para elit, para-para intelek, ahli-ahli akademik,para negarawan dan ahli-ahli politik telah mengutarakan berbagai formula untuk mencapai perpaduan. Semuanya bukansahaja meleset tetapi lebih memburukkan lagi keadaan. Merekasemua hanya menggunakan akal untuk mencari jalanpenyelesaian dan ‘antidote’ bagi perpecahan masyarakat. Adayang mencadangkan perpaduan bahasa, perpaduan adatresam dan kebudayaan, interaksi dan integrasi maksimumsemua golongan dan kaum dalam semua aspek kehidupantermasuk persekolahan, kegiatan ekonomi, perumahan dan sebagainya. Ada juga yang mencadangkan supaya tahap ekonomi semua golongan disamaratakan dan berbagai-bagai lagi usul yang kesemuanya berbentuk fizikal dan material.


Perpaduan sebenarnya bukan perkara fizikal atau material.Perpaduan atau perpecahan bukan berpunca dari masalah lahir atau luaran seperti ekonomi, politik, pendidikan, adat resam, kebudayaan, bahasa, warna kulit dan sebagainya. Perpecahanjuga bukan mesti berlaku di antara kaum, bangsa,golongan atau parti yang berlainan. Ia boleh berlaku di kalangan atau di dalam satu kaum, bangsa, golongan atau parti yang sama.Sekali imbas memang kita nampak bahawa berlakunya perpecahan dan pergaduhan di kalangan manusia dan masyarakat di dunia ini adalah disebabkan isu-isu politik, ekonomi,kuasa pemerintahan, kemiskinan dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak boleh membuat rumusan hanya berasaskan kepada imbasan-imbasan ini. Kita mesti cari punca sebenar mengapaia berlaku. Isu-isu politik, ekonomi, kuasa pemerintahan ataupun kemiskinan hanyalah pencetus atau penyebab berlakunya perpecahan dan pergaduhan.


Ia bukan puncanya. Kerana kalau ada perpaduan dan kasih sayang, perpecahan tidakberlaku. Malahan golongan yang kuat akan mempertahankan yang lemah, yang berkuasa akan berlaku adil, manusia akan bekerjasama dalam bidang ekonomi dan lain-lain dan orangkaya akan membela golongan yang fakir dan miskin. Dengan adanya perpaduan, masalah tidak jadi masalah. Akan tetapikalau perpaduan tidak wujud dan kasih sayang tidak ada,orang akan bergaduh atas apa alasan sekalipun. Bukan setakat atas sebab-sebab politik, ekonomi, kuasa pemerintahan atau kemiskinan. Kalau sudah tidak ada perpaduan dan kasih sayang, perbezaan warna rambut atau warna mata pun sudah cukup untuk menjadi punca pergaduhan dan perbalahan.Perpaduan ialah soal hati. Ia bukan perkara fizikal dan material. Untuk mendapat perpaduan, hati-hati manusia perlu disatukan. Hati-hati manusia tidak boleh disatukan dengan benda-benda lahir atau benda material yang bersifat duniawi.Apa sahaja yang bersifat duniawi, akan merangsang nafsu manusia.


Nafsu manusia tidak akan pernah merasa cukup dengan apa yang ada. Sudah dapat satu lembah emas, ia akan mahu satu lembah lagi. Akhirnya akan timbul rebut-merebut,tekan-menekan, jatuh-menjatuh dan tindas-menindas dikalangan manusia yang akan merosakkan perpaduan serta kasih sayang sesama mereka. Makin maju manusia ini maka makin banyaklah perkara material dan duniawi untuk direbutkan.Oleh itu semakin maju manusia itu maka mereka akan semakin berebut-rebut, semakin berkrisis, mereka akan semakin bergaduh dan semakin berpecah sesama sendiri.


Di samping itu apabila nafsu terlalu berperanan untuk merebut dunia, maka akan tercetuslah sifat-sifat keji dan mazmumah dalam hati-hati manusia. Seperti sifat tamak haloba, hasad dengki, pemarah, bakhil, cinta dunia dan sebagainya.Inilah yang akan menyemarakkan lagi krisis dan pergaduhan di kalangan manusia.Allah SWT ada berfirman di dalam Al Quran:Maksudnya: “Berpegang teguhlah pada tali Allah danjanganlah kamu berpecah-belah.” (Surah Ali Imran: 103)


Ini membawa maksud bahawa perpaduan di kalangan umatmanusia sangat bergantung kepada hubungan mereka denganAllah SWT. Kalau manusia boleh sama-sama berpegang kepadatali-tali Allah, maka hati-hati mereka akan diikat olehAllah dan manusia akan menjadi bersatu padu dan berkasihsayang di antara satu sama lain.Ada di kalangan ulama yang mentafsirkan tali-tali Allah itu sebagai syariat Allah itu sendiri. Mereka berkata, kalau manusia boleh bersatu di dalam menerima dan mengamalkanAl Quran dan As Sunnah ataupun syariat Allah itu maka merekaakan bersatu dan berpadu.


Namun demikian apa yangdapat kita lihat dalam realiti kehidupan, ini belum tentu boleh menjamin manusia akan bersatu-padu. Mungkin mereka boleh dilihat hidup bersama, bekerja bersama, beribadah bersama dan sama-sama bermasyarakat, tetapi belum tentu mereka dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Mereka mungkin akan dapat bersatu dan berkumpul secara fizikal dalam satu kumpulan,kampung, jemaah dan sebagainya tetapi belum tentu hati-hati mereka terjalin dengan perasaan kasih sayang dan ukhwah Islamiah yang sebenar.Justeru itu ada ulama yang mentafsirkan ‘tali-tali Allah’ ini bukan setakat berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah dan syariat Allah semata-mata tetapi ialah rasa takut dan cinta kepada Allah yang tersemat di hati. Bila semua hati-hati manusia sudah rasa takut dan cinta kepada Allah, maka ini bermakna perasaan dan hati-hati mereka sudah terikat dan tertambat kepada satu ikatan yang sama iaitu kepada Allah SWT. Bila perasaan dan hati-hati manusia sudah terikat kepada satu ikatan yang sama iaitu kepada Allah, maka secara automatis hati-hati mereka akan bersatu-padu dan berkasih-sayang.


Siapa yang cinta kepada Allah akan mencintai segala makhluk Allah, lebih-lebih lagi manusia yang sama dengannya. Ada Hadis yang bermaksud: “Tidak benar cinta seseorang itu kepada Allah kalau dia tidak mencintai makhluk ciptaan Allah.”

Kerajaan Perpaduan: Realiti atau Fantasi?




Macam-macam hujah dan pendapat saya dengar dari kalangan rakan-rakan baik dari UMNO ataupun PAS dan ada menyelit sikit-sikit dari PKR. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju dan ada juga kurang pasti.

Dalam hal-hal yang sebegini pemimpin perlu berjiwa besar. Mengutamakan kepentingan rakyat, agama bangsa dan negara lebih dari kepentingan diri dan sifat kepartian semata-mata. Kita telah terlalu banyak bertoleransi hingga sampai satu tahap kita telah tersepit di satu sudut. Dalam keadaan sebegini pun kita masih nak pertahankan ego dan sifat kepartian kita. Walaupun dalam peribahasa dah terhantuk baru tergadah adalah peribahasa melayu tetapi tidak perlulah kita melalui proses itu. Hari ini kita boleh sombong kita majoriti, hari ini kita boleh sombong kita selalu menang pilihanraya kecil tetapi alangkah malangnya andaikata tiba-tiba satu hari baru kita tersedar seperti pak kaduk menang sorak kampung tergadai, ayamnya yang disangkanya menang rupanya dah jadi milik orang sebenarnya. Bersatulah sebelum terlambat. Kami tidak rela menjadi pengemis di negara sendiri, kami tidak rela menjadi kaum majoriti yang ditekan minoriti.

Pemimpin yang bijak ialah yang dapat mengawal krisis jangan merebak, bukannya yang suka mencari fasal dan yang memanjangkan fasal.

Allah S.W.T telah ingatkan ini dengan firman-Nya :Ertinya :"Hendaklah ada di kalangan :kamu sekelompok umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kejahatan."(Surah Ali Imran : 104)

Mencegah kejahatan bukan sahaja melarang orang dari buat jahat atau mungkar tapi melarang dari membesar atau mendedahkan sebarang bentuk mungkar. Apalagi kalau mungkar itu boleh membawa huru-hara dan pecah belah dalam masyarakat.Para pemerhati pula khususnya ulama dan intelektual bila lihat bunga-bunga krisis dan perpecahan dalam masyarakat jangam berdiam diri.

Ingat kembali apa kata Rasulullah s.a.w., yamg bermaksud :"Mahukah aku tunjukkan satu amal yang paling baik? Iaitu mendamaikan saudaramu yang bergaduh." Sekalipun yang bergaduh itu ialah pemimpin masyarakat tapi mereka wajib ditegur, dinasihat dan didamaikan. Dengan cara berdiam diri atau tunggu saja, mustahil masalah akan selesai dengan sendirinya. Tapi teguran itu bukan secara tulis dalam surat kabar tetapi dengan nasihat, surat atau telefon, secara hati ke hati.Berkrisis atau bermujadalah walaupun kecil apalagi taraf antara bangsa tidak pernah membawa kebaikan. Pihak yang menang akan sombong, ujub dan bertindak kejam terhadap lawan. Sebaliknya yang kalah rasa "frust" dan selalunya cari jalan untuk jatuhkan lawan dengan cara di luar perikemanusiaan. Kes bunuh dan lain-lain jenayah yang banyak berlaku kini sebahagian besar adalah hasil dari kekalahan dalam pergelutan merebut nama, pangkat, harta benda, wang ringgit dan lain-lain kepentingan duniawi.Tiada seorang pun berkata krisis adalah baik kecuali orang itu sendiri berhajat sangat untuk cari sesuatu kepentingan dari krisis itu. Dan sebagai "Abang" dan orang paling berpengalaman dalam politik kita seharusnya lebih terbuka dan rasional, lebih-lebih lagi kita tahu akhirannya adalah untuk kemenangan agama, bangsa dan negara. Wallahuallam
Assalamualaikum...teman-teman seperjuangan, agak lama juga saya tak updated blog saya ini kerana kesibukan tugas di bahagian dan pusat. Tapi dalam kesibukan saya itu alhamdulillah saya berjaya juga menyelit untuk bersama-sama teman-teman dari seluruh pelusuk tanahair untuk menghadiri kursus asas pidato anjuran Unit Pidato Dan Penghujahan Umum Pemuda UMNO Malaysia.

Apa-apa pun terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara Lokman Nor Adam sebagai pengerusinya kerana dapat menganjurkan kursus yang sangat baik ini, kami bukan sahaja dapat mempelajari teknik pidato dan hujahan awam dari penceramah-penceramah yang baik, tetapi juga di beri peluang mengasah bakat dalam pidato dan berdebat. Saya akui saya sendiri amat gementar bila berada di atas pentas. Walaupun pada hakikatnya dalam kepala ini penuh dengan fakta-fakta dan info untuk dihujahkan tetapi bila berdiri sahaja untuk berhujah hilang dan bercelaru semua hujahan saya bila melihat crowd di bawah. Tapi alhamdulillah ini adalah langkah pertama saya untuk berpidato dan berhujah, insyaAllah.

Kedua, saya demi Allah, terasa sangat bangga bila melihat sahabat-sahabat yang hadir penuh semangat dan lebih mengharukan mereka hadir tanpa perlu dijanjikan imbuhan. Mereka datang dari Utara hingga ke Sabah, datang dengan duit sendiri untuk menimba ilmu dan perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair. Dan hari ini saya buat pertama kali membuang perasaan ragu saya yang selama ini merasakan pemuda UMNO tiada pemidato yang hebat. Sebagai salah seorang yang pernah terjebak dalam gelombang mengarut Reformasi dulu, saya merasakan UMNO setelah keluarnya sifu-sifu saya dari UMNO dan menyertai Parti Keadilan Nasional, UMNO memang ketandusan pemidato-pemidato yang hebat, yang boleh menarik orang untuk mendengar hujahan mereka. Tetapi hari ini saya akui genarasi baru pemuda UMNO mempunyai ramai pelapis-pelapis pemidato yang hebat, dari segi hujahan dan fakta dan paling utama semangat. Kumpulan ini adalah kumpulan yang saya boleh andaikan extraordinary group....memang lain dari imej pemuda yang pernah saya lihat selama saya bergiat dalam pemuda. Seolah-olah mereka ini dilahirkan dari projek khas UMNO. Hinggakan YB Ahmad Maslan sendiri mengakui selama merasmikan program-program UMNO tidak pernah melihat dan merasakan aura semangat dalam pemuda sebegitu hebat. Kekal bersemangat dari mula program hingga ke penutup, sentiasa berinteraksi dan kritis. Tahniah untuk sahabat-sahabat sekalian. Anda semua adalah generasi baru pemuda pewaris bangsa. Perjuangan kita adalah semata-mata untuk agama, bangsa dan negara. Matlamat kita kerana Allah, perjuangan kita untuk ibadah. Kita bukan pemuda biasa. Biarlah ada orang mengaku mereka lebih Islam, lebih Adil dan lebih membela rakyat. Biarkan mereka terus merasakan UMNO hanya penuh dengan kotraktor sahaja. Biarlah apa pun claimed mereka. Tugas kita tetap untuk memastikan Agama Islam tetap menjadi agama rasmi negara, Bangsa melayu bukan menjadi peminta sedekah dan merempat di negara sendiri. Teruskan berjuang sahabat-sahabat semoga Allah memberkati perjuangan suci ini InsyaAllah. Takbir!. Wallahuallam

Wednesday, March 11, 2009

CINTAKAN BANGSA DAN NEGARA ADALAH BUAH CINTA KITA PADA ALLAH

Krisis yang berlaku di dalam pergolakan politik hari ini semakin menular dan bejangkit pula kepada isu institusi beraja di Malaysia. Dengan tidak semena-mena, institusi Raja pula di libatkan di dalam kancah politik. Hal ini sangatlah membimbangkan kepada bangsa Melayu kerana kisah Jebat kembali mewarnai negara kita walaupun dalam versi yang moden pula.

Bagaimana sebenarnya virus ini menular hingga bangsa Melayu yang terkenal taat setia dan ketaatan dan kesetiaan kepada raja ini juga termaktub di dalam rukun negara untuk semua bangsa, mula dipertikaikan dan membawa polemik yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

Apakah yang seharusnya di lakukan untuk meredakan polemik ini dari terus menjadi semakin kritikal ?

Sebenarnya, apabila mendidik manusia, kita kena kenallah manusia itu dan perlu ada ilmunya, ada kaedahnya. Mendidik manusia tidak semudah dikata sekiranya dari kecil tidak pernah diasuh, dari sekolah lagi tidak pernah diperkata tiba-tiba setelah dewasa minta dikota?! tidak masuk akal, tidak munasabah manusia boleh terus bertindak. Sikap dan watak manusia itu adalah hasil asuhan dan didikan ia mestilah dilatih dari kecil lagi barulah berkesan

Marilah kita cintakan agama, bangsa dan negara!

Slogan ini tidak semudahnya orang boleh cinta. Kalau cinta nafsu, memang tidak payah diajar, tidak payah diasuh, orang sudah sedia pandai.Macam cinta laki-laki atau perempuan, ia cinta nafsu mudah berlaku,kita kenalah faham ini. Tapi cintakan agama, bangsa dan negara tidak mudah berlaku hanya sekadar berkata.

Ia bukan cinta kepada sesuatu yang terangsang dan merangsang macam cinta laki-laki dan perempuan. Cinta yang ini mudah berlaku tidak diceritakan pun berlaku, memang setiap hari berlaku. Cintakan agama, bangsa dan tanah air tidak begitu ia perlu diasuh dari kecil, dididik dari sekolah lagi. Ia perlu pemangkin, perlu ilmu, perlu kesedaran, perlu galakan, hingga mendarah mendaging.

Disebut selalu itu hanya hendak menyuburkan sahaja sedangkan asasnya sudah ada, sudah bertapak di jiwa. Diharap semua golongan faham dan ambil tahu bahawa sebenarnya perkara besar, semua hal adalah hasil didikan bermula dari kecil lagi.

Tidak pernah kita dengar orang berkata :“Aku tidak mahu menipu kerana aku takut bangsa dan negara” atau ada hati kecil berkata: “Aku tidak mahu hasad dengki, tidak mahu berdendam, mencuri, berzina dan lain-lain kejahatan kerana takut negara.”

Atau ada kedengaran orang menberi nasihat seseorang:“Buatlah baik jangan buat jahat takutlah kepada bangsa dan negara!”Yang selalu kita dengar atau hati kecil berkata “Aku tidak mahu buat jahat.” atau “Aku hendak buat baik kerana Allah suruh kita.”

“Tuhanlah suruh buat”“Tuhan tidak suka”“Tuhan akan masukkan neraka orang yang jahat”

Orang buat baik atau tidak mahu buat jahat ada kaitan dengan Tuhan. Rupanya buat baik atau tidak buat jahat jarang orang kaitkan dengan bangsa dan negara. Cuma kalau orang buat baik kerana Allah, bangsa dan negaralah yang mendapat untungnya.Oleh itu kalau hendak mendidik manusia, kaitkan dengan Tuhan, yang mendapat untung sudah tentulah bangsa dan negara.

Hendak jadikan manusia baik dan tidak jahat kenalkan Tuhan dan asuh manusia mencintai-Nya atau takutkan-Nya bukan ajak manusia cintakan bangsa atau negara.

Cintakan bangsa dan negara adalah buah cinta kepada Allah.

Kalau manusia baik dan manusia sudah tidak jahat, kerana takutkan Tuhan memanglah bangsa dan negara yang mendapat untung.Bangsa dan negara secara automatik maju, aman damai kerana orang takutkan Allah bukan takutkan bangsa dan negara.Tetapi apa yang terjadi sekarang para pemimpin mendidik rakyat cintakan bangsa dan negara. Bangsa dan negara tidak dicintai, Tuhan pun bukan sahaja tidak dicintai bahkan Tuhan pun dilupai.

Cintakan Allah, membawa orang cintakan bangsa dan negara.Cintakan Allah, bangsa dan negara yang akan mendapat untung adalah bangsa dan negara maju, aman damai dan harmoni.Jadi cintakan Allah Tuhan semesta, adalah rahsia atau anak kunci orang cinta agama, bangsa dan negara.

Monday, February 9, 2009

ANTARA MENCORAK DAN DICORAK

Melihat episod demi episod rentetan peristiwa semasa pergolakan politik di Malaysia hari ini dan yang terkini di Perak, membuat kita seakan bermimpi kerana tidak pernah sekalipun mungkin di antara kita yang terfikir hal-hal begini akan berlaku. Pada yang perihatin kepada pergolakan isu semasa ini tentu ada rasa cemas dan rasa sedih kerana melihat pertembungan pendapat dan pertentangan fikiran yang membuahkan bibit-bibit permusuhan dan pergeseran di antara sesama islam. Mengapa berlaku hal yang sedemikian ini?

Pemimpin dan kepimpinan sebenarnya amat mencorak dan mempengaruhi masyarakat yang dipimpin di bawah tanggungjawabnya. Rentak dan budaya masyarakat yang berada di bawah kepimpinanan pemimpin mencerminkan keperibadian sebenar pemimpin tersebut. Dengan kata lainnya, masyarakat dicorak oleh pemimpinnya.

Lihat sahaja di zaman kepimpinan RSAW, masyarakat yang dipimpin oleh RSAW mampu menjadi masyarakat yang dipanggil salafussoleh sehingga 300 tahun lamanya walaupun sesudah baginda wafat. Inilah cerminan kepimpinan yang agung dan patut diambil teladan dan dicontohi sungguh-sungguh oleh masyarakat Islam hari ini. Walaupun RSAW sudah tidak bersama kita lagi, tetapi panduan yang telah beliau tinggalkan kepada kita dan kasihsayang beliau kepada umatnya tetap akan sentiasa menjadi penyegar jiwa kita untuk terus cuba meniru dan mengikuti setiap ajaran yang beliau telah sampaikan.

Pentingnya pemimpin adalah untuk mengajar, mendidik dan memimpin rakyat kepada jalan kebenaran, keadilan, keselamatan dan kebahagiaan hidup yang hakiki dunia dan akhirat. Dengan kata yang lain, pemimpin bertanggungjawab untuk membuat rakyat dan negara aman, makmur dan mendapat keampunan Allah.

Untuk itu, pemimpin bukanlah boleh sebarang orang. Bukan terlantik hasil diundi atau hasil merebut-rebut jawatan atau hasil menonjolkan diri. Pemimpin bukan juga dipilih kerana ada kelulusan atau ijazah. Kelulusan dan ijazah dunia tidak relevan dan bukan syarat untuk menjadi pemimpin. Sebab pemimpin bukan bekerja untuk mendapat-kan rezeki dan tidak juga untuk mencari publisiti. Lebih-lebih lagi bukan untuk mengaut harta dan kekayaan.

Tugas pemimpin adalah untuk menyelamatkan rakyat dan umat di dunia dan di Akhirat. Untuk itu, dia hendaklah orang yang betul-betul boleh membuat kerja tersebut. Dia mesti ada karisma kepimpinan yang Tuhan bekalkan kepadanya, ilmu kepimpinan, watak semula jadi, latar belakang kehidupan dan didikan awal yang sesuai untuk melayakkan dia dapat membawa umat kepada keselamatan dunia dan Akhirat. Kalau dia bukan orangnya dan dia tidak layak, akan rosak umat dan rakyat dikerjakannya. Selamat atau tidak sesebuah negara banyak bergantung kepada pemimpin. Sebab itu, Islam ada menetapkan syarat-syarat dan sifat-sifat yang wajib ada pada seseorang pemimpin.

Pemerintah yang adil pernah wujud dalam sejarah tetapi banyak yang tidak lama pemerintahannya. Namun ia tidak sebanyak pemerintah yang tidak adil atau zalim. Di antara pemerintah yang adil yang pernah muncul dalam sejarah mengikut ukuran dan nilai Islam ialah Rasulullah SAW, Khulafa ur Rasyidin, Sayidina Umar Abdul Aziz, Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayyubi.

Malangnya kita lihat hari ini, masyarakat seperti hilang punca, bertindak nafsi-nafsi, kasar, keras, pemarah, pendendam, dan sebagainya. Apakah itu memberi kegambaran kepada kita tentang kepincangan kepimpinan yang pemimpinnya terlalu jauh dari mencontohi kepimpinan RSAW? Apakah juga fenomena kekecohan kepolitikan di Malaysia hari ini kerana kita semua sudah melupakan ajaran RSAW dan panduan baginda dan dengan kata lainnya, kita sudah tidak meletakkan Allah SWT sebagai tempat rujuk yang sebenar?

Dalam Islam, pemerintah adalah wakil Allah.

Dalam Islam, pemerintah umum yang tertinggi ini juga disebut khalifah, yakni khalifah Allah. Ertinya pengganti Allah atau wakil Allah di bumi. Mereka bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja yang Allah perintahkan kepada mereka terhadap rakyat. Kerja-kerja ini termasuklah berkhidmat kepada rakyat, memimpin, mendidik, mengajar, mentadbir, mengurus, menyelesaikan masalah rakyat, membangunkan dan memajukan negara dan masyarakat.

Allah mahu hamba-hamba-Nya semua diurus dan ditadbir dengan baik agar mereka semua di dunia ini mendapat layanan dan hak-hak yang sepatutnya mereka dapat dari Allah SWT. Untuk itu segala harta benda, kekayaan dan khazanah perbendaharaan termasuk kekayaan sumber alam semula jadi diserah kepada pemerintah. Supaya mereka agih-agihkannya dengan adil kepada rakyat dan menggunakan sebahagiannya untuk menyediakan serba-serbi keperluan rakyat dan negara. Supaya negara berada di dalam keadaan aman, makmur dan mendapat keampunan Allah seperti dalam firman-Nya:

Maksudnya: "Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah. " (As Saba': 15)

Oleh kerana pemerintah itu adalah pengganti Allah dalam menjalankan keadilan di kalangan manusia, maka Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya agar taat kepada pemerintah sesudah taat kepada Allah dan kepada Rasul.

Firman Allah Taala:
Maksudnya: "Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan yang mempunyai kuasa di kalangan kamu. " (An Nisa': 59)

Ketaatan kepada pemerintah, ulil amri atau khalifah yang adil yang benar-benar mewakili atau mengganti Allah untuk mentadbir bumi adalah penting, supaya hukum-hukum Allah yang hendak dijalankan dalam negara dapat berjalan dengan baik. Dan supaya kehidupan hamba-hamba Allah juga dapat diurus dengan baik.

Terhadap mana-mana yang degil dan melawan perintah, dibenarkan pemerintah menghukum mereka demi menjaga dan mengawal kebaikan dalam masyarakat. Dengan syarat kesalahan itu betul-betul kesalahan yang menyalahi syariat dan diiktiraf oleh syariat. Pemerintah tidak boleh gubal hukum dan undang-undang sendiri dengan membelakangkan dan menyalahi undang-undang dan hukum Allah. Jika pemerintah berbuat demikian, maka ia akan jatuh kepada hukum fasiq atau zalim atau kafir. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka adalah orang fasiq. " (Al Maidah: 47)

Maksudnya: "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka adalah orang zalim." (Al Maidah: 45)

Maksudnya: "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka adaiah orang kafir." (Al Maidah: 44)

Kalau pemerintah sudah tidak taat dengan Allah, maka dalam keadaan itu, rakyat tidak lagi wajib taat kepada pemerintah tetapi dalam hal atau perkara yang bertentangan dengan syariat itu sahaja.

Namun dalam hal-hal yang lain yang tidak menyalahi syariat, rakyat wajib terus taat.

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Tiada ketaatan kepada seorang makhluk dalam soal menderhakai Allah."

Pemerintah yang zalim dan tidak adil ialah pemerintah yang mengaut harta negara untuk dirinya, keluarga dan kroni-kroninya. Yang tidak memberi bantuan kepada rakyat yang tidak menyokong mereka atau yang mereka anggap sebagai musuh. Yang menyalahertikan tugas dan tanggung jawab kepimpinan dengan menjadikannya sebagai satu sumber pendapatan yang lumayan. Yang mengambil kesempatan atas amanah rakyat untuk jadi kaya-raya. Yang bekerja bukan untuk kepentingan rakyat jelata dan negara, jauh sekali untuk agama. Yang menindas, menekan, menganiaya, khianat dan berlaku zalim kepada rakyat. Hukuman bagi pemerintah seperti ini sangat berat di Akhirat nanti.

Di waktu ini, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT. agar negara kita yang dicintai ini akan sentiasa di dalam keberkatan dan rahmat Allah SWT dan kita mendoakan juga agar dilahirkan dan disuburkan pemimpin yang benar-benar bertindak sebagai wakil Allah di dalam kepimpinannya.