Keselamatan masyarakat terjamin kerana tidak ramai yang berani menggugatmasyarakat yang bersatu dan berpadu. Tambahan lagi tidak banyak perselisihan atau pertelingkahan boleh berlaku dalam masyarakat yang bersatu-padu. Kalaupun ada, ianya mudah diselesaikan.
Lawan kepada perpaduan ialah perpecahan. Perpecahan adalah satu bala dari Tuhan. Apabila masyarakat berpecahbelah maka akan timbul berbagai-bagai gejala yang negatif,yang menyakitkan dan menyusahkan manusia. Akan berlakukrisis, kata-mengata dan tuduh-menuduh. Akan berlaku pergaduhan.Hidup manusia menjadi kucar-kacir dan tidak aman.Kehidupan tergugat. Keselamatan tergugat. Ekonomi jugatergugat. Segala-galanya tergugat. Jenayah pula berleluasa.Akan banyak berlaku kecurian, rompak-merompak, rogol,pergaduhan dan bunuh-membunuh. Manusia menjadi cemas dan takut. Hidup seperti dalam Neraka.
Untuk mencapai perpaduan bukanlah satu perkara yang mudah. Ramai para elit, para-para intelek, ahli-ahli akademik,para negarawan dan ahli-ahli politik telah mengutarakan berbagai formula untuk mencapai perpaduan. Semuanya bukansahaja meleset tetapi lebih memburukkan lagi keadaan. Merekasemua hanya menggunakan akal untuk mencari jalanpenyelesaian dan ‘antidote’ bagi perpecahan masyarakat. Adayang mencadangkan perpaduan bahasa, perpaduan adatresam dan kebudayaan, interaksi dan integrasi maksimumsemua golongan dan kaum dalam semua aspek kehidupantermasuk persekolahan, kegiatan ekonomi, perumahan dan sebagainya. Ada juga yang mencadangkan supaya tahap ekonomi semua golongan disamaratakan dan berbagai-bagai lagi usul yang kesemuanya berbentuk fizikal dan material.
Perpaduan sebenarnya bukan perkara fizikal atau material.Perpaduan atau perpecahan bukan berpunca dari masalah lahir atau luaran seperti ekonomi, politik, pendidikan, adat resam, kebudayaan, bahasa, warna kulit dan sebagainya. Perpecahanjuga bukan mesti berlaku di antara kaum, bangsa,golongan atau parti yang berlainan. Ia boleh berlaku di kalangan atau di dalam satu kaum, bangsa, golongan atau parti yang sama.Sekali imbas memang kita nampak bahawa berlakunya perpecahan dan pergaduhan di kalangan manusia dan masyarakat di dunia ini adalah disebabkan isu-isu politik, ekonomi,kuasa pemerintahan, kemiskinan dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak boleh membuat rumusan hanya berasaskan kepada imbasan-imbasan ini. Kita mesti cari punca sebenar mengapaia berlaku. Isu-isu politik, ekonomi, kuasa pemerintahan ataupun kemiskinan hanyalah pencetus atau penyebab berlakunya perpecahan dan pergaduhan.
Ia bukan puncanya. Kerana kalau ada perpaduan dan kasih sayang, perpecahan tidakberlaku. Malahan golongan yang kuat akan mempertahankan yang lemah, yang berkuasa akan berlaku adil, manusia akan bekerjasama dalam bidang ekonomi dan lain-lain dan orangkaya akan membela golongan yang fakir dan miskin. Dengan adanya perpaduan, masalah tidak jadi masalah. Akan tetapikalau perpaduan tidak wujud dan kasih sayang tidak ada,orang akan bergaduh atas apa alasan sekalipun. Bukan setakat atas sebab-sebab politik, ekonomi, kuasa pemerintahan atau kemiskinan. Kalau sudah tidak ada perpaduan dan kasih sayang, perbezaan warna rambut atau warna mata pun sudah cukup untuk menjadi punca pergaduhan dan perbalahan.Perpaduan ialah soal hati. Ia bukan perkara fizikal dan material. Untuk mendapat perpaduan, hati-hati manusia perlu disatukan. Hati-hati manusia tidak boleh disatukan dengan benda-benda lahir atau benda material yang bersifat duniawi.Apa sahaja yang bersifat duniawi, akan merangsang nafsu manusia.
Nafsu manusia tidak akan pernah merasa cukup dengan apa yang ada. Sudah dapat satu lembah emas, ia akan mahu satu lembah lagi. Akhirnya akan timbul rebut-merebut,tekan-menekan, jatuh-menjatuh dan tindas-menindas dikalangan manusia yang akan merosakkan perpaduan serta kasih sayang sesama mereka. Makin maju manusia ini maka makin banyaklah perkara material dan duniawi untuk direbutkan.Oleh itu semakin maju manusia itu maka mereka akan semakin berebut-rebut, semakin berkrisis, mereka akan semakin bergaduh dan semakin berpecah sesama sendiri.
Di samping itu apabila nafsu terlalu berperanan untuk merebut dunia, maka akan tercetuslah sifat-sifat keji dan mazmumah dalam hati-hati manusia. Seperti sifat tamak haloba, hasad dengki, pemarah, bakhil, cinta dunia dan sebagainya.Inilah yang akan menyemarakkan lagi krisis dan pergaduhan di kalangan manusia.Allah SWT ada berfirman di dalam Al Quran:Maksudnya: “Berpegang teguhlah pada tali Allah danjanganlah kamu berpecah-belah.” (Surah Ali Imran: 103)
Ini membawa maksud bahawa perpaduan di kalangan umatmanusia sangat bergantung kepada hubungan mereka denganAllah SWT. Kalau manusia boleh sama-sama berpegang kepadatali-tali Allah, maka hati-hati mereka akan diikat olehAllah dan manusia akan menjadi bersatu padu dan berkasihsayang di antara satu sama lain.Ada di kalangan ulama yang mentafsirkan tali-tali Allah itu sebagai syariat Allah itu sendiri. Mereka berkata, kalau manusia boleh bersatu di dalam menerima dan mengamalkanAl Quran dan As Sunnah ataupun syariat Allah itu maka merekaakan bersatu dan berpadu.
Namun demikian apa yangdapat kita lihat dalam realiti kehidupan, ini belum tentu boleh menjamin manusia akan bersatu-padu. Mungkin mereka boleh dilihat hidup bersama, bekerja bersama, beribadah bersama dan sama-sama bermasyarakat, tetapi belum tentu mereka dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Mereka mungkin akan dapat bersatu dan berkumpul secara fizikal dalam satu kumpulan,kampung, jemaah dan sebagainya tetapi belum tentu hati-hati mereka terjalin dengan perasaan kasih sayang dan ukhwah Islamiah yang sebenar.Justeru itu ada ulama yang mentafsirkan ‘tali-tali Allah’ ini bukan setakat berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah dan syariat Allah semata-mata tetapi ialah rasa takut dan cinta kepada Allah yang tersemat di hati. Bila semua hati-hati manusia sudah rasa takut dan cinta kepada Allah, maka ini bermakna perasaan dan hati-hati mereka sudah terikat dan tertambat kepada satu ikatan yang sama iaitu kepada Allah SWT. Bila perasaan dan hati-hati manusia sudah terikat kepada satu ikatan yang sama iaitu kepada Allah, maka secara automatis hati-hati mereka akan bersatu-padu dan berkasih-sayang.
Siapa yang cinta kepada Allah akan mencintai segala makhluk Allah, lebih-lebih lagi manusia yang sama dengannya. Ada Hadis yang bermaksud: “Tidak benar cinta seseorang itu kepada Allah kalau dia tidak mencintai makhluk ciptaan Allah.”
No comments:
Post a Comment