Macam-macam hujah dan pendapat saya dengar dari kalangan rakan-rakan baik dari UMNO ataupun PAS dan ada menyelit sikit-sikit dari PKR. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju dan ada juga kurang pasti.
Dalam hal-hal yang sebegini pemimpin perlu berjiwa besar. Mengutamakan kepentingan rakyat, agama bangsa dan negara lebih dari kepentingan diri dan sifat kepartian semata-mata. Kita telah terlalu banyak bertoleransi hingga sampai satu tahap kita telah tersepit di satu sudut. Dalam keadaan sebegini pun kita masih nak pertahankan ego dan sifat kepartian kita. Walaupun dalam peribahasa dah terhantuk baru tergadah adalah peribahasa melayu tetapi tidak perlulah kita melalui proses itu. Hari ini kita boleh sombong kita majoriti, hari ini kita boleh sombong kita selalu menang pilihanraya kecil tetapi alangkah malangnya andaikata tiba-tiba satu hari baru kita tersedar seperti pak kaduk menang sorak kampung tergadai, ayamnya yang disangkanya menang rupanya dah jadi milik orang sebenarnya. Bersatulah sebelum terlambat. Kami tidak rela menjadi pengemis di negara sendiri, kami tidak rela menjadi kaum majoriti yang ditekan minoriti.
Pemimpin yang bijak ialah yang dapat mengawal krisis jangan merebak, bukannya yang suka mencari fasal dan yang memanjangkan fasal.
Allah S.W.T telah ingatkan ini dengan firman-Nya :Ertinya :"Hendaklah ada di kalangan :kamu sekelompok umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kejahatan."(Surah Ali Imran : 104)
Mencegah kejahatan bukan sahaja melarang orang dari buat jahat atau mungkar tapi melarang dari membesar atau mendedahkan sebarang bentuk mungkar. Apalagi kalau mungkar itu boleh membawa huru-hara dan pecah belah dalam masyarakat.Para pemerhati pula khususnya ulama dan intelektual bila lihat bunga-bunga krisis dan perpecahan dalam masyarakat jangam berdiam diri.
Ingat kembali apa kata Rasulullah s.a.w., yamg bermaksud :"Mahukah aku tunjukkan satu amal yang paling baik? Iaitu mendamaikan saudaramu yang bergaduh." Sekalipun yang bergaduh itu ialah pemimpin masyarakat tapi mereka wajib ditegur, dinasihat dan didamaikan. Dengan cara berdiam diri atau tunggu saja, mustahil masalah akan selesai dengan sendirinya. Tapi teguran itu bukan secara tulis dalam surat kabar tetapi dengan nasihat, surat atau telefon, secara hati ke hati.Berkrisis atau bermujadalah walaupun kecil apalagi taraf antara bangsa tidak pernah membawa kebaikan. Pihak yang menang akan sombong, ujub dan bertindak kejam terhadap lawan. Sebaliknya yang kalah rasa "frust" dan selalunya cari jalan untuk jatuhkan lawan dengan cara di luar perikemanusiaan. Kes bunuh dan lain-lain jenayah yang banyak berlaku kini sebahagian besar adalah hasil dari kekalahan dalam pergelutan merebut nama, pangkat, harta benda, wang ringgit dan lain-lain kepentingan duniawi.Tiada seorang pun berkata krisis adalah baik kecuali orang itu sendiri berhajat sangat untuk cari sesuatu kepentingan dari krisis itu. Dan sebagai "Abang" dan orang paling berpengalaman dalam politik kita seharusnya lebih terbuka dan rasional, lebih-lebih lagi kita tahu akhirannya adalah untuk kemenangan agama, bangsa dan negara. Wallahuallam
No comments:
Post a Comment