Saturday, October 8, 2011

Hudud oh Hudud


Polemik isu hudud ni tak berkesudahan...al-Assad sebenarnya letih dan sedih melihat undang-undang Allah ini dijadikan seperti barangan jual di supermarket...sungguh mengaibkan...sudah-sudahlah...mari kita muhasabah diri kita...balik rumah duduk diam-diam...renung baik-baik...apakah diri kita ini sudah cukup "sifat"nya untuk menegakkan hukum Allah ini...atau kita hanya akan membawa fitnah yang lebih besar kepada agama?

Sudahlah perpecahan kita hari ini diperhatikan dan dipandang sinis oleh orang lain. Bayangkan kita selalu melaungkan Islam agama yang mendamaikan, agama yang harmoni, agama yang sangat baik...tetapi apa yang kita sebagai orang Islam buktikan kepada bukan Islam? Kita bertelagah sesama kita...kita kafirkan sahabat yang tak bersama kita...kita jadikan satu parti seolah-olah ia satu agama dimana siapa yang turut serta adalah kafir...inikah contoh yang sepatutnya kita tonjolkan kepada non Muslim? Kalau hal-hal sebegini pun kita gagal, bagaimana kita nak meyakinkan masyarakat non Muslim untuk menerima Hudud?

Dalam hal-hal seharian pun kita tidak mampu berlaku adil...bagaimana kita nak meyakinkan hukum hudud ini adil? Orang-orang bukan Islam memerhatikan kita hanya kita saja perasan yang kita berdakwah...sedangkan mereka sedang menilai diri kita...bayangkan sudah berpuluh-puluh tahun
bercerita tentang kewajipan mendirikan sebuah negara Islam sehingga ada yang sanggup menggadai nyawa atas "tanggungjawab" menentang kerajaan yang zalim kerana menolak negara Islam...alih-alih selepas mendapat keputusan pilihanraya yang "luar biasa"... Dan dapat menjadi menteri besar di dua buah negeri (sebelum diperintah semula oleh parti kerajaan)...rakyat dikejutkan dengan kenyataan MB Perak ketika itu..."dalam transkrip manakah yang mengatakan ... Akan menegakkan sebuah negara Islam?". Terkejut beruk pendokong-pendokong parti tersebut diluar sana. Dalam berpuluh tahun bercerita tentang nak melaksanakan undang-undang hudud...tiba-tiba bila dapat memerintah Terengganu...keluar kenyataan "hudud bukan keutamaan...undang-undang hudud hanyalah 0.0001 peratus kewajipannya". Macam mana oramg bukan Islam nak percaya bila MB
Dua negeri dari parti yang sama tetapi berbeza pandangan tentang hudud....diKelantan tetap mahu melaksanakan hudud tetapi di Kedah mengatakan tiada keperluan untuk melaksanakan hudud..

Bila kita orang Islam yang selama ini menjaja mengatakan hudud sebahagian dari Penyempurnaan iman, negara Islam sebagai tanda keimanan...hukum ini jatuh WAJIB menolaknya jatuh KUFUR tiba-tiba boleh "tarik hand brake" keatas perkara-perkara yg dikatakan jatuh WAJIB. Apa pandangan golongan bukan Islam? Maknanya perkara-perkara tersebut hanya mainan pilihanraya...mana mungkin hukum yang diturunkan Allah Akan dipermainkan sebegitu rupa oleh orang Islam...mustahil. Jadi sekali lagi saya ulang pertanyaan adakah orang bukan Islam akan percaya kepada golongan seperti ini untuk melaksanakan hukum Hudud? Sudah pasti tidak.

Jadi bila mereka memandang rendah kepada hukum Allah ini bukankah ia membuktikan akhlak dan tindakan kita ini menjadi FITNAH kepada agama? Mana lagi berdosa mereka yang menolaknya kerana jahil ( spt tuduhan-tuduhan yang biasa dilemparkan) atau golongan yang faham agama tetapi lebih sanggup membisu atas dasar mahu berkuasa tetapi menggunakan tahalul siyyasi sebagai alasan menutup kelemahan diri? Fikirkanlah jangan sampai satu hari kita nak sebut pasal Islam
pun orang buat pekak telinga kerana kita gagal menjadi contoh keindahan Islam. Wallahuallam.

Thursday, October 6, 2011

UMNO kafir? Toghut? Sekular?

Berkata Sheikh Ahmad Fathani dalam Kitab Hadiqatul Azhar war Rayahin dan Kitab Tashil Nail al-Amani bahawasanya “Iaitu kesatuan semua bangsa Melayu, al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya’. Mereka adalah kelompok atawa segolongan besar manusia. Negeri-negeri mereka adalah sesubur-subur negeri dunia. Bangsa Melayu mempunyai kedaulatan-kedaulatan yang besar, maka kekuasaan-kekuasaan kafir telah menipu daya mereka.

Bahawa diseru akan sekalian orang Melayu itu sentiasa bersatu, namun semangat assabiyah kepartian telah menghalang kita daripanya. Apakah kekuatan tersirat yang ada pada huruf MIM dan huruf YA’, apatah lagi bila ia digabungkan ? Hanya golongan yang dikurnia hikmah dalam ilmu falaki sahaja yang mampu memberi pencerahan. Sepertimana penetapan tarikh kemerdekaan negara adalah bersandarkan firasat dan kasyaf ilmu falak Sheikh Abdullah Fahim...

“Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab "AM KHIR ATANA", yakni tahun baik datang kepada kita - bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan”

“Kajian falak menunjukkan bahawa pada malam kemerdekaan terdapat empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Kala Jengking (Scorpio), Buruj Dacing (Libra), Buruj Anak Dara (Virgo) dan Buruj Kapal Layar(The Sail). Kelihatan juga dua buah planet dalam keadaan sangat terang pada ketika itu - planet Musytari (kecerahan 100%) dan planet Zuhrah (kecerahan 79%). Kedua-dua planet berhampiran dengan Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.”

”Apabila kedua-dua tarikh pilihan al-Marhum Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan; iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 (4 Safar 1377H) dan malam 31 Ogos 1962 (29 Rabiul Awal 1382H); maka akan didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa !”
Buruj Kapal Layar dipilih UMNO sebagai lambang Parti Perikatan dan Buruj Dacing diambil UMNO sebagai lambang Barisan Nasional. Dan huruf alif-mim-wau-nun dalam huruf ejaan jawi UMNO sendiri mempunyai maksud falak yang tersendiri - sedangkan UMNO itu ialah singkatan dari bahasa Inggeris untuk United Malay National Organisation ? Adakah ini suatu kebetulan atau campur tangan belakang tabir golongan ulama Tanah Melayu ……….

Monday, October 3, 2011

Benarkah Anwar Pemimpin Islam?


AIDCNews – 02/10/11 – Penglibatan Yayasan Jerman, Konrad Adenauer Foundation (KAF) yang sekarang lebih dikenali sebagai Konrad Adenauer Stiftung (KAS) dalam membantu penajaan badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim, Institut Kajian Dasar (IKD) semakin diperkatakan dewasa ini.

KAS turut terlibat secara langsung dalam penajaan Suruhanjaya Antara Kepercayaan atau Inter-Faith Commission (IFC).

Percubaan itu, sekiranya berjaya bakal mengubah langskap keharmonian agama di negara ini, khususnya berkaitan dengan agama Islam sebagai agama Peesekutuan.


Untuk info lanjut : sila ke www.pisau.net

Thursday, September 29, 2011

Penyokong PAS dipermainkan lagi, Hudud takkan berlaku


Inilah keputusan kepimpinan Pakatan Pembangkang sejurus selepas selesai mesyuarat di Bangunan PAS Pusat:

Anwar Ibrahim kata: "Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," dalam erti kata yg lain....TIADA UNDANG-UNDANG HUDUD...kena main lagi perasaan orang-orang PAS. Ada rakan-rakan al-Assad dah bertempik, bertadbir dah bila dapat berita kononnya seluruh kepimpinan PR menyokong PAS melaksanakan hudud...sehingga mengatakan DAP lebih baik Dari UMNO sebab menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan Undang-undang HUDUD...hmmm...payah nak cakap dengan orang yang suka ambil jalan short-cut ni...

Sunday, September 25, 2011

Yang Mana Keutamaan Kita?


Rasulullah mengambil masa 13 tahun untuk mendidik iman dan taqwa para sahabat. Setelah 10 tahun kemudian barulah baginda merancang pembangunan negara Islam kecil yakni Madinah. Dibangunkan sekolah sebagai kilang mengeluarkan ilmuan yang bertaqwa, penyambung dan pelapis perjuangan. Dibangunkan ekonomi dengan membuka pasar Ansar dengan pengurusnya Sayidina Abdul Rahman bin Auf. Begitulah perjuangan itu berkembang dan terus membesar hingga akhirnya 3/4 isi dunia menyerah diri pada Islam. Itulah cara memperjuangkan Islam yang dibuat oleh Rasulullah. Dan itulah satu-satunya cara yang benar dan tepat. Habis keriapa kita tidak mahu mencontohinya? Kenapa kita ada pandangan yang sangat menyimpang dari apa yang dibuat oleh Rasulullah? Konon waqi’ tidak apa, sedangkan Rasulullah pernah ditawar untuk jadi raja baginda menolaknya sebab bukan cara itu mendidik umat dan itu bukanlah cara yang tepat untuk memulakan satu perjuangan. Bukan melalui istana atau melalui kerusi Perdana Menteri atau menteri-menteri lain, sedangkan umumnya rakyat jelata masih belum bersedia untuk tunduk pada hukum-hukum Allah yang terlalu asing buat mereka.

Tetapi kita tidak buat begitu. Kita hentam kerajaan umat Islam di dunia hari ini dari belakang, kita hina dan buruk-burukkan hingga terpecahlah umat Islam kepada dua kumpulan besar. Alangkah bahayanya perbuatan ini. Tetapi kita tidak terfikir pun begitu. Kita berebut juga kerusi kerana ingin ambil alih tampuk pemerintahan. Walhal sikap kitalah yang sebenarnya sangat bahaya untuk politik, perpaduan ummah serta keseluruhan umat dalam sesebuah negara. Tidak mengapa juga kalau perjuangan kita itu benar-benar membawa umat yang cinta Islam itu kepada cara hidup Islam. Tetapi jelasnya tidak begitu. Kita tidak didik mereka dengan iman dan taqwa, dengan akhlak mulia, dengan kerja-kerja  menegakkan cara hidup Islam dan dengan sistem pentadbiran dan politik yang tepat dengan Islam. Kita hanya bakar semangat politik pilihanraya yang mencerca dan memfitnah satu sama lain. Kemudian kita lagakan mereka sekampung. Hancui berkecai perpaduan umat. Kemudian kita syarahkan perpaduan ummah, negara Islam, dunia Islam. Bila orang tanya mana dia Islam itu? Tunggu! Tunggu hingga kita dapat kuasa memerintah negara. Alangkah kejamnya perjuangan kita itu. Kita bohongi masyarakat konon Islam tidak boleh bangun tanpa kuasa. Padahal sebenarnya macam-macam boleh dibuat tanpa kuasa. Hingga kerana itu terbiarlah rakyat dari hari ke hari, hidup dalam cara hidup yang tidak menentu. Agamanya Islam tetapi hidupnya tidak macam orang Islam yang hakiki. Sampai bila hal ini mahu kita pertahankan?

Kalau benar kita berjuang bagi pihak Allah, tentu kita dapat jadi contoh kepada umat, yakni Islam itu terserlah pada diri dan kehidupan serta dalam jemaah kita. Tapi perjuangan kita ini, tidak begitu bentuknya. Kita jual nama Islam untuk memuaskan keinginan-keinginan pada pangkat dan kedudukan, pada kuasa dan negara. Konon di atas semua itulah Islam dapat ditegakkan. Walhal Islam hanya boleh hidup di atas peribadi yang kuat iman dan taqwa. Tapi iman dan taqwa tidak dapat tempat dalam majlis-majlis rasmi dan dalam kehidupan kita. Lalu tidak pelik kalau kita lihat pejuang Islam masih lagi berperangai buruk seperti ujub, riak, sombong, takabur, bakhil, gila dunia, hasad dengki, dendam, berburuk sangka, berkrisis sesama sendiri dan lain-lain. Kenapa salahkan musuh? Walhal kelemahan, kekalahan dan kegagalan kita adalah kerana salah kita, dosa-dosa kita, lemahnya iman dan taqwa kita hingga Allah tidak bantu kita, kerana tidak melaksanakan sungguh-sungguh ajaran Islam pada diri dan jemaah kita terlebih dahulu. Konon nanti dapat negara baru hendak laksanakan Islam itu, walhal kalau dalam jemaah yang kecil pun kita tidak dapat membangunkan ukhwah, pendidikan, ekonomi, budaya Islam, klinik dan lain-lain, apa bukti yang kita boleh melakukarnya dalam sebuah negara? Apakah dengan kuasa sahaja cukup untuk jinakkan hati manusia untuk tunduk pada Allah dan Rasul?

Sunday, September 18, 2011

Solat lebih Utama Dari Hudud




Hudud adalah bentuk pencegahan “dari luar ke dalam” manakala solat adalah bentuk pencegahan kemungkaran “dari dalam ke luar”. Dan atas dasar itu solat lebih utama daripada hudud dalam usaha membenteras kemungkaran, walaupun ini tidak bermakna soal hudud tidak penting. 

Untuk memahami bagaimana proses bertahap-tahap ini dilaksanakan, kita perlu melihat bagaimana Rasulullah s.a.w. menegakkan negara Islam di atas keruntuhan budaya hidup jahiliah. Tahap pertama dalam perjuangan Baginda bermula dengan turunnya wahyu-wahyu di peringkat Makiyyah yang menekankan soal tauhid (keimanan). Dua kaedah perjuangan yang dilaksanakan oleh Baginda Rasul di peringkat ini ialah berdakwah (menyeru) dan mentarbiah (mendidik).

Bagi mereka yang masih belum menerima Islam, Rasululah melancarkan operasi dakwah. Umat Arab diajak berfikir tentang alam yang pasti ada yang menjadikannya itu (Tuhan). Kemudian di terangkan pula ada sifat-sifat Allah (tauhid), kehidupan selepas mati, syurga dan neraka. Ertinya, Rasulullah sedang men umpukan kepada soal “akar” dalam diri manusia. Lampu hati yang ter putus daripada “cahaya” hidayah oleh pintasan syirik dinyalakan semula. Hasilnya, hati yang gelap itu menjadi bercahaya semula walaupun keadaan luaran (masyarakat jahiliah) masih gelap-gelita. 

Bagi mereka yang sudah menerima Islam pula, Rasulullah s.a.w. terus mendidik agar keimanan mereka terus mantap dan tahan uji. Jika sebelumnya iman itu diterima dengan akal, maka di peringkat didikan iman itu dimantapkan ke dalam jiwa. Tegasnya, melalui surah-surah Makkiyah ini hati dan fikiran manusia disedarkan dan dididik tentang kebesaran Allah, adanya syurga dan neraka dan perkara-perkara ghaib yang lain.

Dua langkah itu (dakwah dan tarbiah) dilakukan secara lemah lembut dan konsisten. Akar umbi elemen tauhid dipasakkan benar-benar ke dalam jiwa berdasarkan ilmu wahyu yang disuburkan dengan kerasionalan akal dan kehalusan perasaan. Lahirlah generasi sahabat yang pertama (the unic generation of al-Quran) yakni mereka yang sungguh cintakan Allah, yakin pada hari akhirat dan mengasihi sesama saudara seperti mengasihi diri mereka sendiri.

Pada waktu itu, walau sebesar dan sekejam mana pun pertentangan, Rasulullah s.a.w. tidak membalasnya. Keluarga Yasir dibunuh, Bilal diseksa, Khabbab bin Alarats dibakar namun Rasulullah terus bersabar. Bagi keluarga Yassir, keluar ucapan Rasul yang terkenal, “Sabarlah keluarga Yassir, bagimu Syurga…” Bagi Khabab yang merayu tidak tahan diseksa, Rasulullah memujuk tetapi dengan suara tegas ber kata, “Umat terdahulu lebih dahsyat diseksa sehingga kepala mereka digergaji…” Bukan tidak ada desakan untuk membalas seperti yang disuarakan oleh Saad bin Abi Waqqas dan Sayidina Hamzah tetapi Rasulullah memendamkan suara itu dengan lunak dan bijak.

Bukan kerana takut, bukan kerana lemah, justeru apa kurangnya keberanian Nabi Muhammad berbanding Nabi Ibrahim yang sanggup menentang Namrud? Tetapi Nabi Muhammad berpegang kepada kitaran proses membangunkan ummah berdasarkan “kaedah” yang telah di tentukan Allah. Tempoh berdakwah dan mendidik tidak boleh “terkacau” oleh tebasan pedang dan pertumpahan darah. Justeru dalam dakwah dan didikan mesejnya tidak lain melainkah keindahan, keamanan dan kasih sayang – antara Allah dengan manusia (habluminallah) dan antara manusia sesama manusia (habluminannas)! 

Setelah 13 tahun dididik dengan keyakinan yang men dalam terhadap perkara-perkara ghaib itu, Rasulullah s.a.w. berhijrah, satu tindakan “pengunduran” untuk me ngambil lajak buat melonjak lebih jauh dan tinggi. Di Makkah, suasana tidak kondusif untuk membina satu model Islam yang boleh dilihat secara nyata. Tauhid yang berada dalam diri perlu diterjemahkan dalam bentuk sistem hidup yang sempurna. Untuk membina sistem hidup perlukan tenaga yang ramai.

Untuk itu daerah persaudaraan Islam dilebarkan lagi dengan membina ikatan persaudaraan yang kental di kalangan orang yang beriman di Makkah dan Madinah. Bermula dengan persaudaraan sesama sahabat yang mula-mula beriman di Makkah, kemudian antara suku Aus dan Khazraj di Madinah dan akhirnya terbentuklah solidariti yang lebih global antara kaum Muhajirin Makkah dan kaum Ansar Madinah. Pada pe ringkat ini Rasulullah s.a.w. mem bina rangkaian komuni kasi dan interaksi yang begitu harmoni di kalangan umat Islam. Dan pada ketika itu ke kuatan iman dan ukhwah pun berpadu dan para sahabat telah bersedia untuk menerima perintah Allah yang seterusnya.



Dengan itu bermulalah tahap kedua dalam perjuangan Rasulullah dengan turunnya ayat Quran yang menuntut dilaksanakan peraturan Allah sebagai satu cara hidup yang lengkap. Keimanan disuburkan lagi dengan datangnya perintah pelaksanaan rukun Islam. Menerusi surah-surah Madaniyah yang lebih panjang ini juga Allah menjelaskan falsafah dan pelaksanaan sistem hidup Islam yang me rangkumi bidang ekonomi, politik, pendidikan, sosial, per undangan dan lain-lain.

Dengan kekuatan iman yang ada dalam diri disokong pula oleh kekuatan persaudaraan sesama Muslim, sistem hidup Islam dapat ditegakkan walaupun mendapat saingan dan tentangan daripada sistem hidup jahiliah oleh orang Yahudi di Madinah dan kafir Musyrikin di Makkah. Sistem ekonomi, pendidikan, sosial, perhubungan, politik dan lain-lain bidang hidup secara Islam pun dapat dibangunkan secara berperingkat-peringkat bermula daripada diri, keluarga, masyarakat dan akhirnya negara.

Friday, September 16, 2011


Nukilan A.kadir Jasin

Senyum Selalu
Dari A.Kadir Jasin

HARI ini, izinkan saya berpuisi
Meluah rasa terbuku di hati
Melakar cerita suka dan duka
Tanah Melayu bumi ibunda
Semakin hari dibenci dikeji
Ditertawa dipersenda di desa dan kota
Kerana Melayu semakin tidak berani.

Kerana apa?
Kerana yang berkuasa
Lesu tidak bermaya
Yang diberi amanat
Dan memegang wasiat
Hilang dan sesat
Lupa sumpah dan janji
Tidur lena dibuai mimpi
Tidak peduli lagi perjuangan suci
Kerana selesa berpura-pura
Diracuni harta dan kuasa.

Yang Melayunya berkata:
“Kamilah Bumiputera
Peribumi tanah pusaka
Inilah tempat tumpah darah kami
Di sinilah kami hidup dan mati
Kerana di sinilah terkubur
Nenek moyang kami
Polis dan askar Melayu
Dan perwira-perwira dulu
Datuk Bahaman
Datuk Maharaja Lela
Tok Janggut
Dol Said
Mat Kilau
Tok Gajah
Mat Salleh
Datuk Sagor
Tok Kenali
Dan ramai lagi
Yang tumpas dan mati
Demi bumi dan pertiwi.

Orang India dan Cina
Yang asal usulnya
Pedagang dan buruh ikatan
Jauh dari seberang lautan
Pun menuntut hak yang sama
Menolak kontrak yang ada
Kononnya demi reformasi
Meritokrasi dan globalisasi
Lupa bahawa nenek moyang mereka
Kiblat mereka bumi asalnya
Aspirasinya Parti Kongres India
Kuomintang dan Parti Komunis China.

Tetapi Melayu mudah kasihan
Mudah pula diperkotak-katikkan
Maka oleh British disyaratkan
Terimalah mereka sebagai rakan
Maka dapatlah mereka
Satu juta kerakyatan
Di bumi Malaysia yang merdeka
Tanpa orang Melayu sedar dan perasan.

British hebat putar-belitnya
Mereka tidak buruh Cina dan India
Dari tanah jajahan bernama Malaya
Membanjiri bumi suci mereka
Menuntut taraf warganegara
(Seperti terjadi dengan Orang India dari Uganda)
Maka yang mereka bawa
Dari China dan India
Mereka tinggalkan di Malaya
Kerana Melayu pemurah hatinya
Dan mudah pula lupa.

Sekarang Melayu layu dan lesu
Pertahan hak sudah tidak tahu
Takut, malas dan malu
Menjadi defensif dan apologetik
Hanya berharap kepada kuasa politik
Yang gagal diartikulasi dan diisi
Kerana terlalu lama dibuai mimpi
Tidur lena kerana jenama Bumiputera
Lega dan selesa
Dengan tanah se kangkang kera
Dan panji-panji politik yang hambar warnanya.

Kalau Melayu tidak bangkit
Tidak sedar jiwanya berpenyakit
Jangan salahkan orang lain
Kalau terlondeh baju dan kain
Bogel bagaikan orang gila
Di bumi sendiri yang kononnya merdeka.

Ingatlah permata kata
Nenek moyang kita yang bijaksana
Kerana Melayu kita berbudi
Kerana Islam kita beriman
Maka jika Melayu kenal diri
Jadilah dia orang budiman
Yang harga dirinya
Bukan pada wang berjuta
Tetapi pada budi dan bahasa
Tauhid dan pekerti mulia.

Kerana Melayu mudah lupa
Apa sudah jadi kepada negara?
Bumi ini menjadi tempat buangan
Pelacur dan GRO dari Yunan
Ke bumi ini konon mencari pelajaran
Pengemis dan Shao Lin Master
Yang entah dari mana datangnya
Sepatah haram bahasa Melayu tidak tahu
Meminta sedekah hilir dan hulu.

Itu belum dikira
Pendatang haram yang berjuta
Dari Indonesia, Burma dan Afrika
Yang masuk keluar sesuka hati
Maka jadilah bumi ibunda ini
Periuk menidih yang isinya basi
Jenayah dan maksiat menjadi-jadi
Kerana birokrasi dibaham korupsi
Rasuah, pecah amanah
Salah guna kuasa dan berbagai lagi.

Melayu sudah jadi pengkhianat
Lupa kepada amanah dan wasiat
Kerana wang, kuasa dan harta
Mereka khianati bangsa dan negara.

Akhir nukilan,
Ingatkan pesanan orang tua-tua
Sesal dahulu kedapatan
Sesal kemudian tidak berguna
Kera di hutan disusukan
Anak di rumah mati kelaparan.

Monday, September 5, 2011


Masalah rokok adalah masalah khilaf, dan pengharamannya bukanlah haram qat'ie..jadi, mereka sepakat dalam keburukan rokok, cuma hukum berkenaannya berbeza..di Malaysia kita, tok guru-tok guru ada yang berpendapat hukum rokok tetap terbahagi kepada 5 hukum..begitu juga ulama'2 di Indonesia..begitu juga di Makkah, Madinah, Mesir dan segenap alam Islam..kerana orang alim menghisap rokok bukan kerana ingin kesedapan atau kerana ketagihan, apatah lagi para ahlillah yang sentiasa menjaga diri daripada perkara yang memudaratkan@mensia-siakan, tetapi mereka menghisapnya kerana untuk menguatkan diri mereka untuk mengajar dalam waktu yang lama serta untuk mendapatkan ketenangan fikiran ketika menyelesaikan masalah yang rumit..bahkan di yaman juga begitu, ada habaib yang memakan(daun seperti daun ketum), demi untuk menahan mata mereka daripada tidur untuk menulis kitab-kitab dan menyelesaikan masalah fiqh..termasuklah Sheikh al-'Allamah al-Musnid Yassin al-Fadani, dan selainnya..

Tiada yang sepakat dalam mengharamkan rokok..tetapi mereka sepakat sekiranya menghisap rokok@syisya kerana suka2, itu adalah haram kerana memudaratkan serta membazir dan yang pertama mengharamkan syisya dan rokok adalah ulama' saudi wahabiy setelah mereka merampas tanah hijaz.

Jadi, sekiranya tidak tahu bagaimana kaedah ulama' dalam memahami suatu masalah, kita yang awam ini perlu menjaga adab dengan mereka..walaupun mereka menghisap rokok dan sebagainya, tetapi mereka itu tetap dalam kalangan wali Allah dan telah mendapatkan husnul khotimah..bahkan ilmu serta ma'rifat mereka amat diakui oleh para ulama' lain yang tidak merokok bahkan sanggup menjadi murid mereka..tetapi, kita yang tiada adab dengan mereka ini merendah-rendahkan mereka, dan tiadalah perkara demikian itu kerana kita terhijab daripada memandang kesempurnaan Allah..Allahuallam BisSowab

Monday, August 15, 2011

Larangan Bacaan Al-Quran Menggunakan Pembesar.


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan larangan bacaan Al-Quran guna pembesar suara pada waktu subuh mengikut laporan berita harian 12 Ogos 2011. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengeluarkan arahan supaya semua masjid dan surau di seluruh Pulau pinang mematuhi arahan tersebut seperti didalam surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh mereka.

Arahan menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh dikatakan bercanggah dengan hukum syarak kerana boleh mengganggu orang yang berada di dalam dan di luar masjid. Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Isunya, benarkah bacaan al-quran pada waktu subuh bercanggah dengan hukum syarak?

Tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang memutuskan larangan itu adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abi Sa’id al-Khudri menerusi kitab Sunan Abi Daud, Abd Shukor berkata sabda itu diiktikaf oleh Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk tidak mengganggu bacaan al-Quran yang dibaca oleh jemaah lain pada waktu sama di masjid. “Sama juga ketika membaca khutbah, jika kita berbual di belakang adalah dilarang, tetapi masjid sekarang kosong ketika waktu sebelum subuh jadi kita kena mengimarahkan dengan bacaan al-Quran. “Dan bacaan al-Quran di satu kawasan yang majoritinya diduduki umat Islam tanpa ada faktor penghalang adalah digalakkan.

Mengapakah baru sekarang baru dikeluarkan fatwa ini? Seingat al-assad, sudah lebih puluhan tahun bacaan Al-Quran diperdengarkan sebelum azan melalui corong-corong pembesar suara di masjid-masjid di seluruh negara. Baru kini mahu difatwakan dan dilarang.

Dan persoalan kedua sepanjang perancangan membuat kawasan perumahan, boleh dikatakan surau selalunya dibina dikawasan perumahan yg populasi orang melayu dan Islamnya adalah majoriti. Jarang sekali surau dibina di dalam kawasan perumahan orang yang populasinya terdiri dari orang bukan Islam. Dimulakan dengan EXCO bukan Islam memtik ayat Quran dan Hadith dalam ceramah, memberi tazkirah dalm surau dalam keadaan berhadas, isu kalimah Allah, Bible Bahasa Melayu, Isu Murtad di Damansara, kini isu larangan mengaji menngunakan mikrofon, umat Islam perlu sedar sedikit demi sedikit hak-hak yang terpelihara di tarik secara perlahan-lahan menggunakan topeng demokrasi dan undang-undang. Jangan satu hari nanti azan pun akan dilarang, kita jangan lupa ia pernah disuarakan oleh seorang penduduk seksyen 23 berbangsa Hindu semasa perjumpaan MB Selangor, Khalid Ibrahim, Khalid Samad dengan penduduk seksyen 23 sedikit masa dahulu yang membawa kepada peristiwa kepala lembu. Janganlah Islam terus diuji, kerana lambat laun ia akan membakar sentimen umat Islam. Hentikanlah dari mempertikaikan Islam sebagai agama persekutuan yakni agama bagi negara Malaysia. Cegah sebelum parah, beringat sebelum terlewat.

http://roketkini.com/2011/08/15/pelbagai-pihak-sokong-larangan-guna-pembesar-suara-sebelum-azan-subuh/


Allah Triniti

di sini al-assad akan linkkan blog YB Zulkifli Nordin mengenai isu murtad ni...
http://zul4kulim.blogspot.com/

Monday, July 11, 2011

MELAWAN ARUS BHGN 2

Penjara gelapnya diketuk kuat.Terbang segala babak-babak peristiwa yang lalu.Tok Guru Saleh kembali berdepan dengan keadaan semasa…di penjara bawah tanah Datuk Sagor.

“Sudah masuk waktu Zuhur. Ini air untuk wuduk.” kata pengawal melalui pintu besi penjara gelap yang mengurung Tok Guru Saleh.

Drengggg! Bekas air ditolak dari celah pintu besi yand dikuak sebentar. Serentak dengan itu cahaya mentari menerpa masuk.

“Alhamdulilah…”

Perlahan-lahan dengan langkah tenang tetapi teraba-raba Tok Guru Saleh berwuduk. Dan selepas itu terus sembahyang. Tenang dan khusyuk. Dia bagaikan disimbah cahaya dari dalam dirinya. Keyakinan dan sangka baiknya kepada Allah tidak pernah tergugat. Harapannya tetap membumbung tinggi.

“Biarlah dibunuh kerana perjuangan. Kuharap matiku di tangan Allah,” bisik hatinya.

• • • • •

Di luar istana Sagor bergolak. Tok Guru Imran dan Panglima Jaguh telah melancarkan serangan. Rampasan kuasa telah bermula. Datuk Sagor telah dipanah oleh askar upahan Panglima Jaguh sewaktu berada di Balai Penghadapan. Dia parah tetapi tidak mati. Dengan bersusah payah pengikutnya membawanya ke tempat selamat. Tapi isteri Datuk Sagor dan pengawal peribadinya telah terkorban. Singgahsana mula berdarah.

Datuk Sagor dilarikan ke kubu kuatnya di bahagian tengah Pulau Delima. Dari situ ia mengumpulkan kekuatan daripada pengikut-pengikutnya yang masih setia untuk melancarkan serangan tindak balas. Di istana, Tok Guru Imran mula menyiapkan kubu pertahanan. Pertempuran penamat akan berlaku bila-bila masa sahaja lagi.

• • • • •

“Lari…lari Tok Guru!” tiba-tiba satu suara mencecah cuping telinganya.

Tok Guru Saleh tersentak.

Sebentar cuma. Tiba-tiba pintu besi dikuak dengan gopoh. Dia yang baru selesai mengaminkan doanya selepas sembahyang Zuhur itu berdiri cepat.

Belum sempat dia bertanya suara yang sama menerjah lagi. “Pulau Delima dilanda petaka. Perang saudara telah berlaku.”

Dia tidak pasti pemilik suara itu. Hanya sesusuk badan sasa sahaja kelihatan dalam matanya yang diterpa cahaya.

Tak ada masa untuk bercakap panjang.

“Saya disuruh membunuh Tok Guru. Tapi saya tak tergamak. Lari. Larilah. Selamatkan Pulau Delima daripada petaka ini!”

“Insya-Allah, aku akan cuba,” kata Tok Guru Saleh sambil melangkah kakinya cepat-cepat. Padanya kini tergenggam satu amanah-mencari pendamaian.

• • • • •

“Cis, Tok Guru Saleh terlepas! Apa yang hendak kita hebahkan kepada rakyat untuk mendapat sokongan?” kata Tok Guru Imran kepada Panglima Jaguh.

Masing-masing mengetap bibir. Tak sangka pengaruh Tok Guru Saleh sudah merayap dalam istana. Malah ke dalam diri panglima-panglima kanannya sendiri.

“Tak sangka di bawah kepakmu ada pembelot,” kata Tok Guru Imran. Panglima Jaguh tersentak.

“Datuk Panglima, Tok Guru Imran! Ribuan rakyat sedang berarak ke mari.”

“Apa yang mereka mahu?”

“Dengar Tok, dengar apa yang mereka jeritkan.”

Di luar istana Datuk Sagor yang mereka tawan, beribu-ribu rakyat sedang berarak.

“Allahu Akbar. Allahu Akbar. Damai. Damai. Berdamailah kerana Allah!” Suara itu kedengaran bertalu-talu.

“Apa yang perlu kita buat?” tanya Panglima Jaguh mula cemas. Diburu rasa serba salah.

“Perintahkan pasukan pemanah. Panah mereka!”

“Mereka terlalu ramai Tok.”

“Panah! Aku kata panah!” bentak Tok Guru Imran.

“Katamu kau buat semua ini kerana pendamaian. Kerana menentang kezaliman. Kini kau juga seperti Sagor,” bantah Panglima Jaguh.

Di luar suasana makin hangat. Tentera pemanah masih tercegat. Perintah sudah pecah. Arahan telah bertentangan.

Mata Panglima Jaguh dan Tok Guru Imran berrtentangan.

“Kau ketua atau aku?” tanya Tok Guru Imran. Tangannya menyentap pedang di pinggang.

“Aku berketuakan kebenaran,” kata Panglima Jaguh sambil menyentap pedangnya.

Pedang tanding pun berlaku. Namun kekuatan tidak seimbang. Kelincahan dan keupayaan fizikal Tok Guru Imran sudah banyak diragut sewaktu dipenjarakan dahulu. Hanya sebentar…kepala Tok Guru Imran sudah bergelantakan di lantai istana. Pedang Panglima Jaguh menyelesaikan tugasnya.

“Kita ikut kehendak rakyat!Letakkan senjata. Kita berdamai sekarang,” perintah Panglima Jaguh.

• • • • •

Di bahagian tengah Pulau Delima pula proses pedamaian jadi semakin cepat dengan kematian Datuk Sagor. Panah beracun oran upahan Panglima Jaguh menyempurnakan bisanya. Saki baki tentera Datuk Sagor yang sudah kehilangan semangat akur dengan tuntutan rakyat.

Kalau kekerasan digunakan Datuk Sagor dan Tok Guru Imran untuk berkuasa, kini kekerasan itu jugalah yang meragut nyawa mereka. Dendam, kerakusan, kezaliman dan kekejaman mereka musnah dibaham tanah. Darah dibayar darah. Tok Guru Imran mati di hujung pedang. Datuk Sagor mati oleh panah beracun. Kedua-dua mereka sudah tiada. Siapa bakal memimpin Pulau Delima?

“Tok Guru, wakil penduduk Pulau Delima hendak berjumpa.”

“Silakan,” jawab Tok Guru Saleh pendek. Lembaran Al Quran yang sedang ditatapnya ditutup perlahan-lahan.

Wakil itu terus menyampaikan hasratnya: “Pimpinlah Pulau Delima Tok Guru…”

“Itu tidak pernah ada dalam hatiku. Dulu dan sekarang,”jawab Tok Guru Saleh. Matanya redup memandang ke bawah.

“Singgahsana Istana Delima telah kosong. Teraju pemerintahan sudah tiada.”

“Kita sama-sama cari penggantinya,” balas Tok Guru Saleh.

“Siapa?”

“Oleh mereka yang hatinya tidak terpaut dengan dunia. Jiwanya tidak ditawan oleh hawa nafsu. Cukuplah selama ini korban yang jatuh. Cukuplah selama ini darah yang tumpah.”

“Kami hanya nampak Tok Guru…”

Tiba-tiba Tok Guru Saleh menangis. Lalu berkata, “Ya Allah jauhkan aku dari semua ini sebagaimana jauhnya Timur dan Barat. Dunia telah datang Ya Allah..”

Tok Guru Saleh terus menangis.

Wakil penduduk Pulau Delima turut hiba. Bahunya dipegang dari belakang.

“Biarkan Tok Guru. Nanti dia akan dapat jawapan dari Dia,” kata Jamil yang duduk di sebelah Panglima Jaguh.

“Siapa dia?” tanya wakil Pulau Delima.

“Tuhannya!”

MELAWAN ARUS BHGN 1

“TOK GURU, kita sudah terkepung. Bala tentera Datuk Sagor sudah sedia menyerang. Mereka tak sabar lagi untuk memerangi kita. Mereka hanya menunggu arahan Tok,” kata Jamil murid kesayangannya.

Dia tenang. Kata-kata Jamil itu sedikitpun tidak menggoncangkan hatinya. Jiwanya teguh. Bagai tiang madrasah kesayangannya yang terpacak kukuh.

Perlahan-lahan Tok Guru Saleh bersuara, “Aku tahu. Bersabarlah. Yang mereka hendakkan aku. Biar aku menyerah. Biar tak ada darah yang tumpah. Kita berserah kepada Allah Taala.”

Sekali-sekala di dalam gelap muncul wajah Tok Guru Imran, sahabat sepengajiannya waktu menuntut ilmu dengan Tok Ku Pulau Lebar empat puluh tahun yang lalu.

“Kerajaan Sagor itu mungkar. Pemerintah jahiliah warisan Abu Jahal kita gulingkan sahaja. Ayuh kita kumpulkan senjata dari sekarang Saleh. Kita amuk dan tegakkan hukum Tuhan atas runtuhan jahiliah itu nanti.”

Masih basah di ingatannya pada kata-kata Imran. Dalam kenangan Tok Guru Saleh masih terbayang raut wajah Tok Guru Imran yang merah, garang dan berapi-api ketika mengajaknya bergabung tenaga melancarkan Perang Sabil ke atas Kerajaan Datuk Sagor.

“Sudah ada di kalangan tenteramu yang menzalimi puasa siang dan malam?” tanya Tok Guru Saleh. Pertanyaan itu memulakan silat lidah antara Tok Guru dengan sepengajian itu.

Tok Guru Imran diam. Pertanyaan itu ternganga tidak berjawab.

“Atau melazimi puasa siang walaupun tak sembahyang malam?”

Tok Guru Imran masih terdiam.

“Atau melazimi sembahyang malam walaupun tak puasa siang?”

Tok Guru Imran masih terus diam.

“Kau belum bersedia. Kalau syaitan dan nafsu belum diperangi, jangan berani memerangi orang lain. Kecundang kita, buruk padahnya. Terhina di dunia, terhina di akhirat. Lagipun itu bukan caranya menegakkan Islam,” syarah Tok Guru Saleh bertubi-tubi. Walaupun kata-katanya bermaksud dalam dan tersirat tetapi tidak ada kasar terluah. Perlahan dan lembut.

Masih terbayang dalam ingatannya bagaimana murid-murid kanan Tok Guru Imran yang berada di belakang mencebik.

“Usah layani dia Tok. Dia pengecut. Dia gementar dengan pedang-pedang tentera Pulau Delima. Dia redha dengan kemungkaran Datuk Sagor.”

Tok Guru Saleh berdiam diri.

“Kau jumud. Tidak tegas…!” lantang tuduhan Tok Guru Imran kepadanya.

“Tegas dan keras berbeza. Padaku, kau keras.”

“Kau tuduh aku tidak tegas?”

“Masa akan menjawabnya,” balas Tok Guru Saleh perlahan.

Mata garang Tok Guru Imran merenung kitab-kitab kuning atas para-para tepi dinding madrasah tempat pertemuan mereka. Ingatannya pada Tok Ku Pulau Lebar mengusik hatinya.

“Kau masih mengajar kitab-kitab ini Saleh?”

“Itu kan amanah Tok Ku yang sama-sama kita terima,”balas Tok Guru Saleh.

“Dari dulu kau masih bersenjatakan lidah.”

“Lidah lebih tajam dari mata pedang. Kau tentu ingat kata-kata Sayidina Ali.”

“Setiap kali aku teringatkan Sayidina Ali, aku teringatjan pedang Zulfakar. Aku teringat darah Sayidina Hussin yang tumpah di Karbala.” tegas Tok Guru Imran terus terang. Misai tebalnya bergerak-gerak. Ekor serban hitamnya terbuai-buai ditiup angin yang mencuri-curi masuk dari tingkap surau yang berukir indah itu.

“Lalu Datuk Sagor mahu kau jadikan ‘Yazid’ barumu?” umpan Tok Guru Saleh.

“Ya. Aku idamkan kepalanya. Dia syaitan besar tanah bertuah ini. Kalau tidak kerananya hukum Allah telah tegak di sini.” Mata Tok Guru Imran merah menyala-nyala. Nafasnya mendengus-dengus. Panas. Tangannya menggengam erat hulu keris panjang yang tersisip di pinggangnya.

“Kau sudah punya hati seperti Sayidina Ali? Hati yang boleh meletakkan pedangnya kerana diludah oleh musuhnya?” sela Tok Guru Saleh.

Tok Guru Imran diam.

“Kau ingat cerita Tok Ku dulu? Sayidina Ali yang sudah mengalahkan nafsunya. Dia yang berkata, aku letakkan pedang ini kerana tadinya aku marah kerana nafsuku. Bukan lagi kerana Allah,” sambung Tok Guru Saleh lagi.

“Kau dengar itu Imran?” desaknya lagi.

“Pada kau hati yang macam Hussin sahaja layak memegang Zulfakar dan memerangi Yazid?” tanya Tok Guru Imran sinis.

“Ya,” balasnya tegas.

“Sampai bila kita mesti tunggu sampai memiliki hati macam itu? Sepuluh tahun? Seratus tahun? Seribu tahun? Sedangkan Datuk Sagor terus bermaharajalela! ” pintas Tuk Guru Imran.

Dalam gelap-pekat penjara bawah tanah itu Tok Guru Saleh terus berfikir. Ruang kepalanya masih diterjah peristiwa pertemuannya dengan Tok Guru Imran. Gigitan nyamuk di leher dan telinganya dibiarkan sahaja. Sudah lali. Malah dalam gelap begitu sejak tiga bulan yang lalu nyamuk dan pijat sudah jadi sahabatnya.

“Jangan kau libatkan Sagor sahaja. Tapi lihat dalam kumpulanmu. Mengapa belum tegak Islam yang kau cuba citakan itu?” Mencelah lagi ingatan itu dalam kepalanya.

Dia tidak akan lupa wajah Tok Guru Imran dalam pertemuan yang kian panas itu. Masih terbayang dalam ruang matanya bagaimana tangan-tangan anak murid Tok Guru Imran sudah menggengam hulu keris. Kalaulah anak muridnya tidak bersabar, lantai madrasah mungkin akan dibasahi darah. Mujurlah dia bersabar, kalau tidak pejuang Islam akan beramuk sesama sendiri.

“Kami sibuk berjuang. Bukan masanya menadah kitab. Ini masanya senjata berkata-kata. Ini lebih fardu sekarang.” Tok Guru Imran masih tidak mahu mengalah.

“Tapi kampung Lela terus mengatur hidup. Bagaimana pertanian, jual beli, pendidikan dan kenduri-kendara di sana? Sudah diatur secara Islam?”

“Kampung Lela, kampungku, kampung pejuang. Urusan hidup terpulang kepada diri masing-masing. Urusanku cuma memimpin gerakan bawah tanah bersenjata. Kuajar mereka ilmu perwira. Kudidik bermain senjata,” jelas Tok Guru Imran lagi.

“Lalu kau salahkan Datuk Sagor kerana tidak menegakkan hukum Islam? Sedangkan dalam kumpulan kau sendiri hukum itu belum bertegak?” Tok Guru Saleh memerangkap.

“Jadi kau minta aku perangi diriku dan kumpulanku dulu?” Tok Guru Imran menyimpul.

“Kan itu perjuangan yang lebih besar, berjuang menentang hawa nafsu? Kau tentu ingat pesan Tok Guru kita.”

“Kekejaman Sagor tak boleh dibiarkan.Kita mesti berani menyatakan kebenaran di depan penguasa yang zalim…”cabar Tok Guru Imran terus menerus.

“Aku juga begitu. Tapi kupilih menyatakannya di dengan sikap. Dengan tindakan. Dengan hasil kerja yang manfaat,” jelas Tok Guru Saleh. Perlahan. Cuba menenangkan suasana yang makin panas.

“Tapi aku pilih senjata. Aku pilih kuasa,” sambut Tok Guru Imran makin menggelegak.

“Aneh, Imran. Kau asyik salahkan Sagor. Salahkan musuh. Tapi kau juga kering dari apa yang kau tuntut dari Sagor,” bidas Tok Guru Saleh.

• • • • •

Tok Guru Saleh masih ingat bagaimana rombongan Tok Guru Imran yang datang memujuk mereka untuk memerangi pimpinan kerajaan pimpinan Datuk Sagor pulang sia-sia. Dia tetap tidak rela menukar prinsip perjuangannya walaupun dipujuk, diejek dan diperolok-olokkan oleh Tok Guru Imran dan murid-murid kanannya.

Dia masih ingat, dua bulan kemudian Pulau Delima gempar. Tok Guru Imran melancarkan serangan. Satu revolusi dilancarkan.Pedang, kelewang, lembing dan keris menghirup darah. Korban berjatuhan. Istana Datuk Sagor cuba diambil alih oleh anak murid Tok Guru Imran. Namun serangan itu gagal. Sagor terlalu perkasa. Walaupun berjuang dengan berani tetapi kumpulan Tok Guru Imran kekurangan senjata. Lagipun rakyat tidak turut serta memberontak. Rakyat terpinga-pinga. Gerakan bawah tanah diselubungi misteri. Sokongan rakyat menghampakan. Pengaruh Tok Guru Imran hanya berlegar di sekitar Kampung Lela. Tangan berisi Sagor mengganas. Kampung Lela dijadikan padang jarak padang terkukur. Tok Guru Imran dapat ditawan.

Dalam gelap-gelap begitupun ingatannya masih terang terhadap tragedi yang telah menimpa Kampung Lela.

“Innalillah…” Itulah katanya dulu. Dia pilu. Sedih. Kepada pembawa berita sedih dan anak-anak muridnya dia berseru:

“Sudah kuagak begitulah akhirnya. Jamil, kumpulkan makanan, pakaian dan barang-barang keperluan secukupnya. Kita ke kampung Lela. Mereka perlukan bantuan,” kata Tok Guru Saleh sebaik sahaja mendengar berita kekalahan Tok Guru Saleh sebaik sahaja mendengar berita kekalahan Tok Guru Imran dan Kampung Lela. Di sana sisa-sisa pengikut Tok Guru Imran dikumpulkan. Kampung Lela dibangunkan semula.Kali ini dengan roh perjuangan Tok Guru Saleh.

“Bangunkan pertanian. Hasilkan tanaman dan buah-buahan.”

“Tegakkan sekolah. Bina madrasah. Kita didik anak-anak kita dengan Al Quran dan Sunnah.”

“Susun rumahtangga secara Islam. Didik isteri dan bina keluarga bahagia. Dari situ kembangkan ke tengah masyarakat. Kita bangunkan masyarakat Islam…”

Begitu seruan demi seruan, kerja demi kerja, pembangunan demi pembangunan yang dijalankan oleh Tok Guru Saleh dan anak buahnya.

Tok Guru Saleh masih ingat bagaimana sedikit demi sedikit, sejengkal demi sejengkal, perjuangannya makin diterima rakyat. Akhirnya pengaruhnya makin meluas. Bukan setakat Kampung Cahaya kampung asalnya dan Kampung Lela bekas kampung Tok Guru Imran, bahkan kini Kampung Teraju, Kampung Pasu, Kampung Senja dan kampung-kampung lain sudah mengikut jejak Tok Guru Saleh dan pengikutnya. Gerakan evolusinya menjalar bagai akar pokok.Lembut tapi memecahkan batu. Perlahan tetapi tiada siapa dapat menghalang.

Masa berlalu cepat,mengubah peristiwa dan kehidupan. Tahun demi tahun berlalu. Belantara jadi sawah. Hutan dipugar jadi kebun. Pulau Delima makin makmur. Tapi kezaliman dan kemungkaran terus bermaharajalela. Datuk Sagor terus bertakhta dengan megah. Hukum Allah terus terabai.

Suasana dan masa turut mengubah manusia. Dan perubahan itu turut berlaku kepada Tok Guru Imran yang sekian lama jadi tawanan. Dari istana Datuk Sagor bertiup berita yang mengejutkan. Tok Guru Imran dibebaskan. Tambah mengejutkan bila dilantik menjadi orang kanan Datuk Sagor. Entah apa yang berlaku selama lima tahun dalam penjara bawah tanah Pulau Delima hingga Tok Guru Imran berubah. Sikap kerasnya jadi lembut bak agar-agar. Suara pekiknya yang lantang dulu kini jadi senandung memuja prinsip kerajaan Sagor. Tak hairanlah kalau dengan sekejap sahaja dia sudah dilantik menjadi orang kanan Kerajaan Datuk Sagor.

Layar ingatan To Guru Saleh terus mengembang. Dan perahu kenangannya terus berlayar di laut fikirannya yang tidak bertepi. Dia teringat bagaimana tanpa diduganya gelanggang perjuangan makin lebar. Di luar istana, di tengah masyarakat ,pengaruhnya terus membumbung. Lebih empat puluh kampung di Pulau Delima telah berubah kepada Islam. Peliknya, Tok Guru Saleh tidak mencapai semua itu dengan kuasa, jauh sekali senjata. Dia tetap dengan kitab kuningnya. Mengajar,mendidik dan memimpin. Amar makruf dan khidmat masyarakatnya dilipat gandakan. Pantang berlaku banjir, anak muridnya yang berlumba-lumba membantu. Begitu juga kalau ada malapetaka yang lain, kumpulan Tok Guru Salehlah yang akan menghulurkan bantuan. Tok Guru Saleh bertakhta di hati rakyat, berkerajaan dalam perlaksanaan syariat, tanpa kuasa dan istana.

Tapi cuaca perjuangan tidak ubah seperti cuaca alam. Hujan, kemarau, ribut dan taufan pasti berlaku. Dan ribut mula melanda perjuangannya. Perjuangan Tok Guru Saleh akhirnya dicurigai dan diancam.

“Datuk Sagor, pengaruh Tok Guru Saleh nampaknya makin kuat. Di empat puluh kampung di Pulau Delima ini hidup rakyat telah bertukar corak. Laga lembu dan laga ayam sudah tidak diminati orang. Tarian Serindit kesukaan kita sudah dilupakan. Mereka juga tidak mahu meminjam lagi dengan tuan tanah peliharaan kita. Kata mereka, memberi dan menerima bunga adalah haram,” lapor Menteri Kanan kerajaan Datuk Sagor.

“Ceh, tak habis-habis. Dulu kita dah ajar Tok Guru Imran secukup – cukupnya. Kita patahkan tilang dan sendi-sendi mereka. Tapi kini bangkit seorang lagi. Seorang lagi mahu jadi wira. Agaknya mereka ketagih sangat hendak bernafas dalam ruang sempit penjara bawah tanah Pulau Delima ni.”

“Kali ini siapa namanya?” tanya Datuk Sagor lagi.

“Tok Guru Saleh. Teman seperjuangan Tok Guru Imran, orang kuat kita.”

“Kita perangi sahaja mereka!”

“Saya rasa tidak Tok. Mereka bergerak secara aman. Apa kata rakyat Pulau Delima ini nanti? Penduduk di empat puluh buah kampung tentu akan tertanya-tanya. Atas alasan apa orang Tok Guru Saleh kita perangi?”

Muka Tok Sagor berkerut. Kebenaran kata-kata menterinya sukar ditolak.

“Kita panggil Tok Guru Imran.”

“Tok Guru Imran sedang bersama Panglima Jaguh di sempadan Negara tok.”

“Bersama Panglima Jaguh? Apa dibuatnya di sana?” tanya Datuk Sagor curiga.Namun prasangkanya ditepis jauh-jauh.

“Utuskan orang ke sana. Beritahu aku hendak bertemu dengannya. Ada hal sangat mustahak. Panglima Jaguh boleh turut serta,” perintah Datuk Sagor.

Sekumpulan tentera berkuda diutus segera memangggil Tok Guru Imran. Selang dua hari mereka pulang bersama dengan Tok Guru Imran dan panglima Jaguh.

“Benar. Jangan kita serang mereka. Lagipun mereka tidak punya senjata. Mereka hanya punya lidah dan gigi sahaja. Tak guna lancarkan peperangan kerana pengikut-pengikut Tok Guru Saleh tak akan melawan. Tok Guru Saleh tidak akan membenarkannya. Saya kenal dia.”

“Kalau begitu bagaimana?”

“Kita tangkap sahaja Tok Guru Saleh. Katakan itu kerana dia enggan membayar cukai…”

Kepala Datuk Sagor mengangguk-angguk. Setuju.

Dalam hati Tok Guru Imran mengingatkan perancangannya telah diatur bersama panglima Jaguh. Faktor Tok Guru Saleh penting untuk mengapi-apikan kebencian rakyat terhadap Datuk Sagor. Perancangan sudah diatur, tak lama selepas Tok Guru Saleh ditangkap. Dia akan merancang rampasan kuasa dari dalam. Panglima Jaguh sudah menyebelahinya. Walaupun isi rampasan kuasa itu hanyalah kepentingan diri dan melempiaskan dendam kesumat tetapi pada rakyat akan digembar-gemburkan konon rampasan kuasa itu untuk menghapuskan kezaliman dan penindasan. Tok Guru Saleh akan dibunuh dalam penjara dan akan dihebahkan pembunuhan itu atas arahan Datuk Sagor. Rakyat empat puluh kampung akan marahakn Datuk Sagor. Dan mereka akan berdiri di belakang Tok Guru Imran dan Panglima Jaguh bagi memerangi Datuk Sagor.

Dalam dada Tok Guru Imran menyala dendam yang tidak pernah padam. Dendam yang menghanguskan roh jihad yang disemai oleh Tok Ku Pulau Lebar selama empat puluh tahun. Dendam yang memutuskan tali persahabatan dengan Tok Guru Saleh, teman seperjuangannya dulu. Tok Guru Imran marahkan Datuk Sagor. Kerananya dia dipenjara selama lima tahun di bawah tanah. Diseksa zahir dan batin.Hatinya turut marahkan Tok Guru Saleh. “Saleh terlau pengecut. Pengaruhnya tidak digunakan. Dibiarkannya aku seorang bertempur dengan bala tentera Sagor. Dia khianat. Dia juga syaitan macam Sagor,” jerit hati Tok Guru Imran.

“Darah mereka berdua halal!”

Dendam itu dipendamkannya. Diatur langkah dan rencana untuk meletupkannya. Diam-diam selama lima tahun Tok Guru Imran bergerak dalam istana Sagor. Menabur bakti, menyembunyi kuku dan bisa. Jasa sudah banyak. Dia dijadikan tangan kanan Datuk Sagor.

Tuesday, April 12, 2011

Perbandingan Kerajaan Islam Sepanyol (711M until 1492M) dengan Kerajaan Islam Melayu (Nusantara)



Tempoh bertapak Islam di Sepanyol selama 780 tahun. Ianya runtuh bukan dalam satu hari tetapi satu demi satu daerah jatuh ke tangan musuh dan Kristian.

Tempoh masa Islam jatuh di bumi Sepanyol bermula dari Toledo (1085) adalah hampir 400 tahun sebelum yang terakhir.

Walaupun mulanya ianya satu kerajaan berpusat, namun akhirnya ia berpecah dengan pelbagai pemerintahan yang berbeza. Hingga tapak pemerintahan yang terakhir ialah di Granada.

Senario di Nusantara pula, sebelum penjajahan, pelbagai kerajaan Islam kita adalah bersatu di bawah Khalifah di Damsyik dan di Baghdad. Namun, pelbagai kerajaan Islam itu tumpas satu demi satu oleh penjajah.

Melaka antara yang terawal tumpas. Filipina yang satu ketika kerajaan Melayu Islam kini menjadi negara Kristian selepas keganasan dilakukan oleh tentera Kristian Sepanyol dan Amerika yang membunuh ratusan ribu umat Islam. Negara Patani Darul Salam jatuh kepada keganasan Kerajaan Siam. Begitu juga di wilayah IndoChina. Begitu juga nasib menimpa orang Islam Burma.

Singapura adalah dulu sebuah tanah air Melayu kini sudah menjadi negara asing bagi orang Islam. Satu demi satu pemerintahan Islam di Nusantara jatuh ke tangan musuh Kristian dan penjajah.

Jika melihat Islam di Sepanyol sebagai pengajaran, Islam di Nusantara sudah pun lebih 700 tahun (jika kita ambil tarikh Batu Bersurat di Trengganu) – mungkin lebih awal jika dikira dari bertapaknya Islam di Sumatera dll.

Apakah kita sudah memasuki fasa terakhir untuk kita mempertahankan Islam di Tanah Air kita ini?

Apakah Allah telah mentakdirkan untuk kita sebagai umat untuk menyelamatkan Islam di Tanah Air ini?

Hanya tinggal Indonesia, Brunei dan Malaysia sahaja lagi!

Kita tahu masalah di Indonesia. Dengan Liberalisme, Pluralisme dan kepelbagaian masalah lagi ... fenomena itu turut kini menyusupi ke Tanah Air kita.

Kitalah pertahanan terakhir untuk menyelamatkan Umat Islam dan anak cucu kita agar terpelihara aqidah mereka.

Sedarlah wahai Umat Islam Nusantara

Thursday, April 7, 2011

KENAPA TIDAK BOLEH MEMBENARKAN KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN OLEH PIHAK GEREJA

Mungkin bagi sesetengah orang isu ini sudah reda. Tiada lagi perbincangan hangat berhubung keputusan mahkamah membenar pihak gereja mengguna istilah Allah untuk terjemahan kepada tuhan yang disebut dalam bible mereka. Namun, sebagai umat Islam kita mesti sentiasa berwaspada dan terus menghalang usaha pihak gereja untuk mengguna istilah ini dan istilah-istilah lain yang diguna khusus oleh umat Islam di Malaysia.

Kenapa begitu?

Sudah banyak diperbincangankan sebelum ini. Dan sudah banyak sebab diberikan. Tujuan tulisan ini ialah bagi memberi satu bukti kejayaan pihak gereja dalam usaha mengelirukan umat Islam di negara majoriti Islam dengan istilah-istilah yang diguna khusus oleh umat Islam di negara itu.

Hujjah bahawa pihak gereja mempunyai niat jahat dan sengaja mengguna istilah-istilah yang diguna orang-orang Islam demi untuk mengeliru dan untuk memudahkan kerja-kerja dakyah mereka selalu disangkal oleh mereka yang "skeptics" serta mudah menerima "face-value" helah pihak gereja dan tidak percaya bahawa pihak gereja mempunyai rancangan jahat sedemikian.

Dalam keluaran terbaru (Feb 2011), Christianity Today, "cover story" mereka adalah bertajuk Muslims and the "Son of God", membongkar rahsia sebenar niat jahat mereka untuk "use religious vocabulary familiar to Muslims" (mengguna istilah-istilah agama yang biasa untuk umat Islam) supaya memudahkan kerja-kerja dakyah mereka.

Walaupun sebahagian besar dari pihak paderi sendiri yang menentang usaha untuk mengguna istilah-istilah yang "familiar to Muslims, dan mereka ini "…charge their colleagues with compromise that undermines belief in Jesus Christ", namun kerana niat jahat mereka untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam maka penggunaan istilah itu diteruskan.

Dalam perbincangan di kalangan mereka yang melakukan kerja-kerja dakyah Kristian di negara-negara majoriti Islam pada tahun lepas, telah diperakui bahawa usaha mengelirukan umat Islam dengan istilah-istilah ini telah berjaya dengan "many thousands of Muslims in this nation alone, then, had found faith in Jesus" (ribuan telah berjaya dimurtadkan).

"This nation" ini merujuk kepada sebuah negara Islam yang dirahsiakan namanya dari disiarkan dalam majalah tersebut. [mungkinkah Malaysia?]

Artikel tersebut juga memetik seorang "missiologist" (pakar dakyah mereka yang telah melakukan kerja-kerja ini di Asia dan Afrika semenjak 1977 lagi) yang berkata "Missionaries can live in a Muslim culture for decades, blaming Muslims for being "resistant" to the gospel, when the problem actually lies with linguistic and cultural stumbling blocks". Maka secara tidak langsungnya, kini mereka percaya bahawa mereka telah dapat melepasi satu "halangan" linguistik untuk kerja dakyah kepada umat Islam (di Malaysia).

Dan dia merumuskan "Once these are removed, many Muslims are quite open and interested in knowing more about Jesus".

Kisah penggunaan istilah Allah juga disabitkan sebagai suatu kejayaan mereka untuk membuka minda orang Islam untuk menerima dan membaca bible – "Muslims reading Scripture for the first time won't immediately reject the Bible as foreign to their culture".

Dengan itu, apa yang kita lihat berlaku di negara kita dengan usaha mereka mengguna istilah-istilah seperti Kiblat, Kaabah, solat, dan beberapa lagi adalah di antara usaha mereka untuk "strategically changed particularly challenging phrases".

Menurut tulisan itu lagi, mereka juga ada missionari khas untuk "discipling Muslims" dengan program latihan "teaches missionaries what Muslims believe so they can minister to them effectively".

Oleh kerana itu, sedarlah mereka yang "memperjuangkan" kebebasan untuk mengguna istilah-istilah yang lazimnya digunakan oleh umat Islam di negara ini, bahawa bukannya kebebasan yang mereka cari tetapi kerja memurtad umat Islam yang menjadi matlamat mereka.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bantahan Penyebaran Al-Kitab oleh PEMBELA

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Kenyataan Media

3 April 2011

PEMBELA Membantah "Formula Idris Jala"

 

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia ingin merakamkan bantahan kami terhadap kenyataan Senator Datuk Seri Idris Jala yang didakwa oleh beliau sebagai keputusan kerajaan dalam menangani isu Bible Melayu. Bantahan kami ini terhadap apa yang kami istilahkan sebagai "Formula Idris Jala" ini adalah berasaskan alasan berikut:

1. Status keputusan ini tidak jelas dan kabur. Kita diberi gambaran bahawa di pihak kerajaan, Datuk Seri Idris Jala dan Peguam Negara diberi peranan utama sedangkan isu ini juga melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam. Perbincangan juga hanya diadakan dengan pihak Christian Federation of Malaysia sedangkan pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam baik di pihak kerajaan mahupun pertubuhan-pertubuhan Islam langsung tidak diambil kira. Kami ingin bertanya adakah ini pendekatan baru yang akan diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu-isu agama?

2. Seperti yang kami tegaskan dalam kenyataan media yang kami keluarkan pada hari Isnin 28 Mac yang lepas, keputusan melepaskan Bible Bahasa Melayu untuk edaran adalah bercanggah dengan beberapa peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang yang sedia ada termasuk Perkara 3, 11(4) dan Enakmen-enakmen Kawalan dan Sekatan Penyebaran Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam dan Seksyen 298, 298A Kanun Keseksaan 1936. Oleh itu edaran Bible Bahasa Melayu bukannya suatu keputusan yang boleh dibenarkan begitu sahaja atas tekanan mana-mana pihak.

3. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu ini sejak ia mula dicetuskan oleh kumpulan-kumpulan Kristian, "Formula Idris Jala" ini jelas merupakan suatu keputusan mengalah dan menunduk kepada strategi konfrontasi, manipulasi dan mendesak yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk mencapai tujuan mereka dalam isu ini. Pendekatan "Formula Idris Jala" ini adalah satu trend yang tidak sihat serta akan menggalakkan berulangnya pendekatan konfrontasi dan manipulasi digunakan bagi menuntut sesuatu yang hakikatnya bercanggah dengan Perlembagaan, undang-undang, sejarah dan budaya negara.

4. Apa yang turut menyedihkan, "Formula Idris Jala" ini juga langsung tidak mengambil pandangan Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) yang diwujudkan sendiri oleh kabinet. Beliau nampaknya telah mendahului menteri yang bertanggungjawab iaitu YB Senator DS Jamil Khir dan TS Koh Soo Koon. Kedua-dua menteri yang bertanggungjawab ini untuk menjelaskan kepada pertubuhan-pertubuhan dan individu yang menjadi anggota JKMKAPA kenapa saluran ini dibelakangkan dalam menangani isu ini.

Justeru itu, PEMBELA menuntut agar Formula Idris Jala ini dikaji semula dan diselaraskan kembali dengan peruntukan undang-undang dan persefahaman antara agama dan kaum yang sedia ada. Oleh kerana isu ini boleh ada kaitannya dengan kedudukan Islam dan umat Islam, pandangan wakil-wakil Islam hendaklah diambil-kira dengan saksama dalam mencari formula yang lebih tepat. Jika tuntutan ini tidak diberi perhatian, PEMBELA mempertimbangkan untuk mencabar kesahihan "Formula Idris Jala" ini di Mahkamah.

Selari dengan kenyataan media kami bertarikh 28 Mac 2011, kami menyeru semua pemimpin masyarakat di negara untuk kembali menghormati persefahaman tentang kedudukan Islam dan hubungan antara agama di negara kita demi memelihara kesejahteraan dan keharmonian bersama.

 

Dr. Yusri bin Mohamad

Jurucakap PEMBELA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, March 21, 2011

Jika Bukan Anwar Kenapa Panik?

Hari ini (Isnin/ 21 Mac 2011) jam 5 petang, satu sidang media isu video akan diadakan di Ibu Pejabat PKR di Damansara. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi dalam kenyataannya mengatakan video seks yang sedang heboh di dakwa " A Doctored Video of Anwar"...

Apa yang berlaku sebenarnya yg membuat PKR x senang duduk? Owh...rupanya jam 13.25 tengahari tadi heboh tentang pendedahan terbaru mengenai satu video seks melibatkan seorang tokoh pembangkang dengan wanita pelacur di sebuah bilik hotel...Kemudian ada isu dimana seorang yang dikenali sebagai Datuk T yang mendesak tokoh politik dan isteri letak jawatan. CUBA TEKA SIAPA TOKOH PEMBANGKANG YANG ISTERINYA JUGA ORANG POLITIK? Kemudian ada satu video telah ditayangkan pada pengarang-pengarang media oleh Datuk T dan seorang darinya berkata CUKUP KENAL wajah dalam video tersebut...apa seterusnya? Kita tungguuuu...berita selanjutnya....

Relax...jangan ler panik der...kalau bukan Pak Syeikh jangan la panik...Errrr...DNA bila nak bagi?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, March 12, 2011

JURUTERA DIATAS BUKIT

(Ini ada hasil tulisan guru saya, Ustaz Pahrol Md Juoi, rakaman perbualan beliau dan anaknya. Semoga diri saya juga mendapata menafaat dari nasihat seorang ayah kepada anaknya)

Setelah kembali ke KL malam semalam, saya terus menangani kerja-kerja penulisan seawal pagi ini. Buku Mukmin Profesional: Celik Mata hati sudah 80% selesai. Kali ini buku yang saya tulis agak berat dan sarat dengan seruan, gagasan, panduan dan hujah-hujah yang praktikal.

Program yang saya laksanakan bersama teman-teman di Selesa Beach Resort, Port Dickson semalam memberi saya input-input baru untuk ditangani dan diungkaikan. Alhamdulillah, perjuangan untuk membaiki diri dan ketrampilan yang tidak berpenghujung ini nampaknya sering mendapat pencerahan.

Walaupun kekadang terlalu banyak pengalaman peribadi untuk dikongsi, tetapi saya seboleh mungkin akan menjauhkan diri daripada menulisnya dalam blog ini. Lalu, acapkali sesuatu yang bersifat peribadi itu saya tambah rencah-rencahnya agar lebih kelihatan umum agar lebih mudah dikongsi dan dihayati.

Namun, ingin saya tegaskan apa yang saya tulis hakikatnya ialah usaha saya mengenengahkan kebenaran, yakni kebenaran dari segi prinsipnya dan kebenaran daripada segi kisah dan faktanya.

Kisah yang saya tulis, "Seorang Jurutera di atas bukit" misalnya ialah kisah dialog saya dengan anak lelaki setelah 3 bulan dia bekerja. Kebimbangan hati saya agar anak tidak terjebak dalam rasuah menyebabkan kisah itu saya nukilkan. Orang muda khususnya, bila mula mendapat kerja yang baik dan berpendapatan agak tinggi sedikit akan dilanda pelbagai godaan. Dan kita sedia maklum, ujian kesenangan lebih getir dan bahaya berbanding ujian kesusahan. Dalam sukar masih ramai yang mampu sabar, tetapi dalam senang, ramai yang lupa syukur, lalu kecundang.

Begitu juga apabila ada seorang lagi anak yang berdepan dengan dilema samada memilih bidang pengajian yang lebih sukar dan  mencabar atau yang lebih mudah,  saya mula bersembang-sembang untuk "membetulkan" persepsinya. Saya ingatkan, jangan mengejar "glamour" .  Pandangan diri terhadap diri sendiri lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap kita.  Ingat kata Ibn Jauzi, petanda orang sakit jiwa ialah apabila dia lebih percaya penilaian orang ramai berbanding pandangan dirinya sendiri.

Sebab itulah ramai orang yang ingin "mempamerkan" betapa dia berjaya dan bahagia walaupun dia sedar jauh di sudut hatinya bahawa dia sebenarnya tidak bahagia. Bergambar di khalayak ramai sebagai pasangan yang bahagia, tetapi bila pulang ke rumah begitu sukar bermesra sekalipun untuk bertegur sapa. Oh, dunia… akulah yang paling bahagia, dabik dadanya di hadapan ramai. Namun ketika sunyi sendiri, dia mengeluh, aduh… deritanya hidupku! Ini bukan cerita artis dan orang berkuasa sahaja, tetapi "orang biasa-biasa" pun ramai yang kena!

Lalu saya ingatkan anak saya (dan tentunya anak tuan-tuan juga), jangan semata-mata ingin digelar doktor, arkitek atau sesiapa sahaja… menyebabkan pandangan mata hati kita menjadi kabur. Ada masanya, saya "terpaksa" menceritakan kesalahan dan kesilapan masa lampau kepada anak-anak. Malu juga dirasakan, tetapi biarlah…  bukankah sebagai ibu-bapa kita selamanya akan rela jadi "jembatan" untuk dipijak oleh anak-anak dalam meniti kehidupannya?

Kisah-kisah itu sebahagiannya telah saya tulis dalam buku "Nota Hati Seorang Lelaki". Pengalaman menjadi anak sangat berharga ketika kita sendiri menjadi bapa. Walaupun kisah-kisah itu kekadang biasa-biasa sahaja, namun saya tulis jua – saya relakan ia dijadikan cerminan kepada kisah-kisah anda yang mungkin lebih istimewa. Dalam program di PD temph hari saya banyak berbual dengan "orang-orang besar" yang mempunyai kisah tragis dan tragedinya tersendiri. Dan saya sikerdil ini, telah berazam untuk menulis semua itu dengan lorekan kata dan rasa saya sendiri.

Bila kita memandang dengan rasa cinta… segalanya akan indah-indah saja. Tetapi sekali-sekala (malah kekadang selalu) tanpa disedari, kita memandang dengan rasa benci… maka segalanya seolah-olah bertukar wajah. Yang indah jadi gundah. Yang ceria bertukar duka. Padahal, yang berubah bukan apa yang kita lihat… tetapi mata yang melihat. Dan mata itu berubah kerana jiwa kita berubah. Ya, hujan di kacamata yang cinta terlihat bagaikan mutiara. Manakala di mata yang benci umpamakan darah atau air mata!

Pada mereka yang sering bertanya, apakah kisah-kisah yang saya tulis itu kisah saya? Inilah jawapan saya (dan tentunya jawapan ini juga masih umum sifatnya: "Penulis sejati memang menulis dirinya. Tetapi dia juga manusia… yang punya kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, pada hal khalayak pastinya inginkanyang baik-baik dan indah-indah sahaja. Lalu dia terus bermujahadah… menulis kebaikan sekalipun belum sepenuh dimilikinya dan dia akan "memendamkan" kejahatan dengan penuh kesedaran bahawa dia sedang berjuang untuk membuangnya. Dia ingin menghidangkan yang terbaik tanpa menjadi seorang munafik!"

Untuk pembaca yang sering ingin "mendengar" dentingan gentarasa… ku tinggalkan kalian dengan sebuah tulisan bertajuk: SEORANG JURUTERA DI ATAS BUKIT. Kisah pertarungan antara kebenaran dan kebatilan, bila keikhlasan dicabar oleh kepentingan diri.

Cerita ini sering didengar apabila membicarakan tentang keikhlasan. Ia ditulis oleh Al Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin. Seorang lelaki soleh yang mendapat berita tentang sebatang pokok yang menjadi sembahan orang ramai di sebuah kampung. Dengan semangat amar makruf nahi mungkar, lelaki itu mengambil sebilah kapak dan pergi untuk menebang pokok tersebut.

Di pertengahan jalan dia bertemu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki. Syaitan menghalangnya dan berlakulah pergelutan. Lelaki soleh itu dengan mudah mengalahkan syaitan. Syaitan tidak puas hati lalu berlakulah pergelutan demi pergelutan yang tetap dimenangi oleh lelaki soleh itu.

Akhirnya syaitan mengaku kalah dan menukar strategi. Ia membuat satu tawaran kepada lelaki soleh itu. Syaitan bersedia memberikan satu dinar emas pada setiap pagi sekiranya lelaki itu membatalkan niatnya untuk menebang pokok sembahan yang dimaksudkan. Lelaki soleh itu termakan hasutan dan bujukan syaitan lalu pulang kembali ke rumahnya.

Esok pagi, apabila dia bangun dari tidur di dapatinya ada sekeping dinar emas di bawah bantalnya. Benar, syaitan telah menunaikan janjinya. Begitulah keadaannya pada pagi hari kedua. Dinar emas sudah ada di bawah bantalnya seperti hari pertama. Tetapi pada hari ketiga, dinar emas sudah tidak ada lagi. Ternyata, syaitan mula menipu.

Berang dengan perlakuan syaitan, lelaki soleh itu mengambil kapaknya untuk meneruskan niat awalnya untuk menebang pokok sembahan. Di pertengahan jalan, syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki itu menahannya lagi dan berlakulah pergelutan. Kali ini lelaki soleh itu kalah. Dicubanya sekali lagi, dia tetap kalah. Malah dicubanya berkali-kali, dia tetap kalah.

Ketika lelaki itu bertanya kenapa dia kalah dan kenapakah syaitan sudah jadi semakin gagah? Syaitan menjawab, "engkau kalah kerana kali ini niat mu untuk mencegah kemungkaran bukan lagi kerana Allah, tetapi kerana dinar emas." Ya, lelaki itu menjadi lemah kerana niatnya tidak ikhlas. Tahulah kita rupa-rupanya keikhlasan itu adalah satu kekuatan dan kehormatan.

Cerita di atas saya ceritakan kembali kepada anak yang baru bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat pembinaan infrastruktur. Saya bimbang takut-takut dia terjebak dengan rasuah. Dia masih terlalu muda untuk mengenal sepak terajang dunia pekerjaan.
"Itu cerita lama, tapi masih relevan," nasihat saya.
"Sekarang ni tidak ada lagi syaitan yang menyamar ayah," balasnya sambil tersenyum.
"Eh, ada… masih ada," balas saya.
"Betul ke?"
"Betul. Syaitan yang berupa manusia. Kawan ayah pernah terjumpa," ujar saya.

"Macam mana tu?" tanya anak saya dengan penuh minat.
"Kawan ayah juga seorang jurutera. Ini cerita lama. Berlaku pada peringkat awal sewaktu dia mula masuk bekerja."
"Macam saya sekarang ni?"
Saya mengangguk. Biar saya ceritakan segala-galanya buat peringatan dan amaran kepadanya.

"Satu hari dia ditugaskan untuk melakukan pengawasan dan membuat laporan tentang pembinaan satu projek pembinaan jalan raya oleh sebuah syarikat yang diamanahkan…" saya memulakan cerita.
Ya, saya masih ingat bagaimana kawan saya menceritakan bagaimana hari itu dia datang bersama seorang lagi kawannya yang juga seorang jurutera. Mereka sama-sama muda. Sama-sama bersemangat baru.

Mereka terkejut apabila mahu pulang dari lokasi tersebut, di dalam bakul motosikal (mereka belum mampu membeli kereta) masing-masing ada satu sampul berisi wang. Bukan sedikit, tetapi banyak. Rupa-rupanya itu "hadiah" daripada syarikat pembinaan berkenaan. Apabila ditanya mengapa dan untuk apa hadiah itu diberikan? Wakil syarikat itu berkata, "you muda lagi. Baru kerja, tentu mahu pakai duit. Ini hadiah perkenalan daripada kami. Kita akan selalu bekerjasama nanti."

Kedua-duanya pulang ke rumah masing-masing dengan perasan yang pelbagai. Kawan saya sedar bahawa "hadiah" itu hakikatnya rasuah. Walaupun kawan saya itu kesempitan belanja (kebetulan emaknya sakit pada waktu itu), dia tetap tidak sedap hati untuk menerima pemberian itu. Esok pagi sekali lagi dia lokasi pembinaan dan menyerahkan semula sampul yang berisi wang tersebut.

"Apa you tak mahu pakai wang?"
"Tak apalah."
"You tak mahu kerjasama?"
"Saya akan beri kerjasama. Tanpa hadiah ini lebih mudah kita kerjasama. You tak segan dengan saya, saya pun tak segan dengan you," kata kawan saya.

" Apa kesudahan cerita tu ayah?" tanya anak saya penuh minat. Saya tahu cerita itu sangat rapat dengan situasi semasanya.
"Malangnya, kawannya yang seorang lagi tu menerima hadiah tersebut. Ketika ditanya mengapa, dia ada rasionalnya sendiri…"
"Apa rasionalnya?"
"Itu bukan rasuah tapi hadiah. Bukan kita minta, orang nak bagi. Nabi pun terima hadiah. Itulah hujah kawannya yang seorang lagi tu."

"Eh, bagus juga hujahnya ya?" balas anak saya sinis.
"Syaitan memang kreatif. Macam-macam tipu dayanya kepada manusia…"
Anak saya diam.
Saya menambah lagi, " di satu negara yang pernah ayah pergi dahulu mereka tidak menamakan rasuah, mereka tukar istilah jadi kerjasama. Bukan rasuah, tapi kerjasama. Di satu negara lain pula, rasuah dianggap "skill" dalam perniagaan. Orang sudah tidak memandangnya buruk. Ia dianggap satu strategi untuk melancarkan urusan!"

"Apa kesudahan cerita kawan ayah tadi?" kata anak saya mengingatkan.
"Dia dihormati, disegani dan kadangkala ditakuti. Ke mana sahaja dia membuat pengawasan, kontraktor-kontraktor yang diamanahkan akan memberi kerjasama. Sekarang dia jadi Ir dan ketua jurutera!"
"Kawannya yang seorang lagi macam mana?"
"Cerita sedih. Sejak dia menerima rasuah, wakil syarikat yang memberinya dahulu buat tak tahu sahaja. Kehadirannya tidak dipedulikan. Apalagi kata-kata dan tegurannya. Orang tahu dia dah "termakan". Dia tak lama di syarikat tempat dia bekerja. Khabarnya sering bertukar-tukar tempat kerja," jawab saya.

"Dah dapat kaitkan cerita-cerita tu?"
"Cerita yang mana ayah?"
"Cerita ikhlas versi lama dan baru."
"Rupa-rupanya orang yang ikhlas tu kuat ya ayah…"
"Ya, bukan kuat fizikalnya tetapi kuat hatinya. Tidak makan bujukan. Tahan dengan godaan."
"Rupa-rupanya taktik dan strategi syaitan amat licik. Hulur dulu, rentap kemudian."

"Dulu dia pakai dinar emas bawah bantal. Sekarang dia guna sampul surat, kad ATM, belanja perubatan, percutian luar negara, perempuan dan macam-macam lagi."
"Sekarang saya faham apa di sebalik simbolik syaitan menyamar jadi rupa manusia," kata anak saya yakin.
" Manusia dah jadi syaitan. Pemikiran, tindakan dan percakapannya penuh muslihat."

"Mereka menghulur untuk lebih banyak menerima. Dia rasuah sedikit, tetapi dia ambil balik banyak. Nanti dia akan tipu ukuran pembinaan, kadar bahan mentah, upah pekerja dan macam-macam…" kata anak saya yang mula menjiwai realiti pekerjaannya.
"Dan kalau orang yang diamanahkan untuk buat pengawasan sudah terjerat mereka akan buat sewenang-wenangnya. Tak kan dia berani membuat laporan yang telus dan jujur. I jaga you, you jaga I. Itulah maksud kerjasama yang dikatakan sejak awal."

"Baguslah kalau kamu faham. Apa pun ingat, syaitan tak akan mampu melawan orang yang ikhlas."
"Rupa-rupanya ikhlas itu penting bukan sahaja dalam solat dan puasa…"
"Ikhlas itu teras dan asas dalam semua ibadah. Baik yang berupa fardu Ain, mahu pun yang fardu kifayah. Yang habluminallah, juga habluminanas."
"Tapi cerita-cerita versi lama sukar nak dikaitkan dengan realiti terkini. Betul ke ayah?"
"Tidak juga, kalau kita jujur dengan sejarah, pasti banyak "ibrah" yang terserlah. Ada cerita yang lebih lama daripada cerita yang dinukilkan oleh imam Ghazali tu.
Dia termenung.

"Tahu cerita nabi Nuh AS?"
"Tentang penderhakaan kaumnya? Tentang kesabarannya berdakwah ratusan tahun?"
"Bukan sudut itu. Tapi sudut yang ada kena mengena dengan cerita-cerita kita sebelum ini…"
"Saya tak dapat tangkap maksud ayah," katanya berterus-terang.
"Cerita kapal nabi Nuh. Baginda hakikatnya jurutera macam kamu juga."
"Nabi Nuh lebih hebat ayah!"

"Nabi dan rasul adalah teladan sepanjang zaman. Mari kita teladani Nuh AS bukan sahaja di sudut ketulusan hatinya dalam berdakwah tapi dalam bidang pekerjaannya juga."
"Macam mana tu ayah?"
"Nabi Nuh di samping misi utamanya berdakwah, dia juga seorang jurutera dan arkitek yang membina kapal. Hebatkan? Kapal dibina di atas bukit. Kapal yang begitu teguh dan kukuh. Kapal yang tahan menahan gelombang banjir bertaraf "super". Jutaan kali lebih dahsyat daripada Tsunami yang baru lalu. Bayangkan puncak yang tertinggi di dunia pun tergenggelam. Kalau gunung Everest sudah ada pada waktu itu, Everest pun tenggelam. Banjir seluruh dunia. "

Setelah agak lama kami terdiam (mungkin terbayang betapa hebatnya banjir yang telah melanda dunia era Nabi Nuh itu), saya bertanya, "kamu ada dengar kapal nabi Nuh retak? Kamu ada dengar atapnya bocor?"
"Tidak ayah…"
"Orang sekarang berbeza. Buat lebuh raya retak. Buat stadium runtuh. Buat atap bangunan canggih-canggih tapi bocor.. tidak seperti kapal Nabi Nuh."
"Kita tidak meneladani Nabi Nuh ayah," balas anak saya perlahan.
"Mungkin kita kurang kepakaran. Mungkin juga kurang amanah."
"Atau mungkin kurang kedua-duanya sekali."

"Ayah mengingatkan sahaja. Bila bekerja ikhlaslah. Insya-Allah, rezeki berkat dan reda Allah pun dapat. Jadilah seperti Nabi Nuh, yang bukan sahaja ada kepakaran tetapi juga ada kejujuran. Dialah jurutera sejati yang tidak termakan pujuk rayu dan ejekan manusia."
Anak saya termenung panjang. Doa saya, mudah-mudahan dia, jurutera, arkitek dan juru ukur bahan muslim yang lain menjadi pekerja yang ikhlas. Amin.

Saya cuba-cuba mengimbau, bagaimanalah agaknya Nabi Nuh AS menghadapi ejekan kaumnya. Baginda diketawakan. Dinajisi struktur binaan awal kapalnya. Laut dan sungai terlalu jauh, di bina pula kapalnya di atas bukit. Cuaca cerah, belum ada teknologi ramalan berlakunya Tsunami, banjir besar ataupun taufan. Tanpa ganjaran, dia bersendirian. Tanpa menghiraukan itu semua, dia terus bekerja dan bekerja… kerana Allah. Ah, ikhlasnya kau wahai nabiyallah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Belajar Dari Musibah

Musibah melanda lagi. Apa yang menimpa Jepun, harusnya dirasakan oleh kita jua. Jika tidak ada apa-apa terasa di jiwa, khuatir di dalam dada itu tidak ada rasa, mati jiwa.

Selaku umat Islam yang wajib meyakini kasih sayang Allah sentiasa melindungi kehidupan kita. Kalimah "Bismillahir Rahman nir Rahim" – dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang – sentiasa menjadi sebutan kita. Namun ketika musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan melanda diri, mungkin hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa? Mengapa Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu? Sudah sirnakah kasih-sayangNya?

Jangan. Jangan begitu. Dalam apa jua keadaan pun kita wajib yakin bahawa takdir Allah pasti mengandungi banyak hikmah dan kebaikan. Istilah buruk, hanya ada dalam rumus pemikiran manusia. Manakala di sisi Allah, segalanya punya maksud baik walaupun kekadang pada zahirnya tidak begitu. Kelihatannya sangat pahit, tetapi ia manis dan indah. Hanya apabila hikmahnya dapat dicungkil, insya-Allah.

Mengetahui dan merasai hikmah sesuatu musibah akan dapat meringankan beban perasaan dan menjawab banyak tanda tanya dalam jiwa terhadap perkara-perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Ia adalah syarat bahagia dan ketenangan jiwa. Apa pun, hanya mereka yang sempurna akal dan penelitiannya sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang tersirat di sebalik cubaan dan bala yang menimpa.

Justeru seorang ahli hikmah, Ibn Ataillah Askandari pernah berkata, "Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang." Tegasnya, apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatannya pahit. Beliau berkata lagi, "Bila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."

Untuk mencari hikmah sesuatu musibah kita mesti meyakini terlebih dahulu bahawa musibah adalah sebahagian ujian yang pasti menimpa manusia. Ujian adalah satu sunnatullah (peraturan Allah) yang tidak ada siapa pun dapat menghindarkannya kerana hidup ini hakikatnya adalah satu ujian. Bila sanggup hidup, mesti sanggup diuji. Firman Allah s.w.t.:
"Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya."
(Surah al-Mulk: 3)

Apa itu musibah? Secara ringkasnya musibah ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan dan lain-lain. Jadi, Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai (musibah). Kita tidak sukakan kematian, tetapi siapa yang boleh mengelak daripada mati? Kita benci kesakitan, tetapi itulah adalah lumrah hidup. Lalu hati kita bertanya lagi, mengapa Allah datangkan semua itu? Apa perlunya musibah?

Musibah ditakdirkan adalah untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah maha Mengetahui) sejauh mana hati kita. Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita. Sabda rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu."

Dengan ujian sakit, barulah diketahui tahap kesabaran dalam hati kita. Bila diuji dengan peperangan, baru terserlah tahap keberanian kita. Khususnya bagi orang yang beriman, ujian didatangkan untuk menilai dan mengukur semula sejauh mana keimanan kita kepada Allah. Oleh itu iman dan ujian saling berkaitan. Lebih tinggi tahap keimanan seseorang semakin berat ujian yang diterimanya.

Apa¬bila diuji barulah diketahui apakah hati itu telah yakin (beriman) ataupun masih ragu-ragu. Firman Allah s.w.t.:
"Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?"
(Surah al-Ankabut: 2)

Namun begitu, perlu diketahui bahawa Allah menguji orang Islam atas se¬bab-sebab yang berbeza yakni mengikut tahap hubungan mereka dengan ALLAH. Berdasarkan sebab-sebab itulah letaknya kemuliaan atau kehinaan seseorang manusia. Ujian yang berlaku kepada manusia sama ada memuliakannya atau menghinakannya.

Musibah menimpa semua manusia – tidak kira sama ada yang baik atau yang jahat. Cuma bagaimana keadaan seseorang semasa dia ditimpa musibah dan bagaimana dia menghadapi musibah itu menentukan darjatnya di sisi Allah. Benarlah seperti yang selalu diungkap"… it's not what happens to you, but it's what you do about it."
Bukan kerana apa yang berlaku kepada kita yang penting, tetapi apa yang kita lakukan terhadapnya. Jadi amat berbeza sekali apa yang dilakukan oleh orang yang akrab dengan Allah berbanding dengan orang yang jauh daripada Allah walaupun musibah yang menimpa mereka sama. Ya, kita tidak boleh mengelakkan diri daripada musibah tetapi kita mampu mengubah musibah itu menjadi satu kebaikan sekiranya kita dapat merasai hikmahnya dan bertindak selaras dengan hikmah tersebut.

Sekurang-kurangnya ada tiga jenis musibah (walaupun pada hakikatnya musibah itu sama sahaja) tetapi yang berbeza adalah disebabkan keadaan diri orang yang menerimanya dan bagaimana mereka bertindak ketika menghadapi musibah tersebut.

1. Kifarah.

Yakni musibah ke atas orang yang baik tetapi ketika itu terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu. Maka musibah itu diturunkan sebagai "tebusan" untuk meng¬hapus¬kan dosa dan ketelanjuran itu. Ertinya, Allah membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat. Ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat.
Ringkasnya, kifarah adalah ujian untuk "orang baik yang terbuat jahat". Dengan ujian itu, "orang baik" tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.

Firman Allah s.w.t.:
"Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar." (Surah al-Zukhruf, 43: 48)

Firman Allah swt:
"Dan kami bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Di antara mereka ada yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran." Al A'raf 168

2. Bala.

Yakni ujian ke atas orang jahat yang sedang melakukan kejahatan. Allah datangkan musibah itu sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum lebih berat di akhirat. Dengan kemurkaan-Nya Allah turunkan kepedihan dan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. Orang yang begini akan diseksa dua kali, pertama di dunia, kedua di akhirat.

Ringkas¬nya, bala ialah bentuk ujian ke atas "orang jahat yang buat jahat". Umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir, Fir'aun yang ditenggelamkan di Laut Merah, Namrud yang dibunuh nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah antara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum merasai pula seksa di akhirat.

Firman Allah s.w.t.:
"Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan meng¬azab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat."
(Surah al-Tawbah, 9: 74)

Firman Allah lagi:
"maka masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu krikil dan ada antara mereka yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." Al Ankabut: 40

3. Ibtila'

Yakni musibah ke atas orang baik ketika melakukan ke¬baikan. Ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang taat. Justeru dengan ibtila' hamba itu akan mendapat pahala berganda dan ditinggikan darjatnya di sisi Allah. Dengan musibah, orang yang soleh ini akan mendapat pahala syahid, pahala sabar, pahala redha, pahala qanaah, pahala pemaaf, sangka baik dan sebagainya.

Justeru jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Allah? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi (Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Isa) – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung musibah.

Ringkas¬nya, ibtila' ialah ujian ke atas "orang baik yang buat baik". Golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solehin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk ibtila' ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran. Untuk mengambil ibrah dan hikmah daripada sikap mereka ini Allah s.w.t. telah mengingatkan kita menerusi firman-Nya:
"Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?"
(Surah al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebalik ujian itu. Bila menerima musibah tidak sekalipun mereka tidak mengeluh atau mengadih, "kenapa aku yang kena?" sebaliknya mereka akan berkata, "aku telah terpilih." Maksudnya, terpilih untuk ditinggikan darjat di sisi Allah dan terpilih untuk mendapat pahala yang besar berganda.

Untuk orang yang sabar Allah menjanjikan bahawa orang yang sabar itu diganjari dengan pahala tanpa hisab.
Bagi mereka yang syahid pula, Rasulullah saw telah bersabda:
"Akan diampuni bagi orang yang mati syahid setiap dosanya kecuali hutang." (HR Muslim).

Atas dasar itulah sebahagian ulama salaf berkata:
"Andaikan tidak ada musibah di dunia, tentu kita datang pada hari kiamat tanpa membawa pahala."
Bagaimana pula nasib orang yang derhaka ketika mereka ditimpa musibah? Apakah Allah tidak sayangkan mereka? Jangan tersilap, malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan Allah adalah untuk kebaikan.

Jika orang baik mendapat peningkatan darjat bila menerima musibah, maka orang yang berdosa pula mendapat satu pengampunan dengan musibah (kafarah) yang diterimanya. Rasulullah saw bersabada:
"Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapuskan sebagaian dosanya." (HR Bukhari dan Muslim.)

Tanpa menuding jari kepada sesiapa maka kita harus bermuhasabah terhadap diri sendiri, ketika ditimpa musibah kita di golongan yang mana? Golongan yang diuji secara ibtila', kafarah atau bala? Paling tidak tidaknya, biarlah kita diuji secara kafarah, yang dengannya kita akan menyegerakan taubat kepada Allah. Tagihlah janji Allah ini:
"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu." Syura: 30

Itulah antara hikmah terbesar di sebaliknya datangnya musibah. Yang dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh hamba Allah yang taat, tetapi juga hamba yang menderhakai-Nya.

Umat manusia telah dibunuh, dijajah, dirogol, ditimpa pelbagai bencana alam seperti tsunami, banjir besar dan lain-lain. Musibah ini dideritai oleh semua umat, tidak kira yang derhaka atau yang taat menepati apa yang telah ditegaskan Allah menerusi firman-Nya:
"Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketauilah Allah amat keras seksaan-Nya." Al Anfal 25

Semua musibah itu hakikatnya untuk mengingatkan manusia agar kembali kepada Allah – beriman dan menegakkan hukum-hakam-Nya dalam seluruh aspek kehidupan. Firman Allah:
"Dan sesungguhnya kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, kemudian Kami seksa mereka dengan menimpakan kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka memohon kepada Allah dengan tunduk merendah diri." Al An'am 42.

Malangnya, sebahagian besar manusia masih berdegil. Justeru, tidak mustahil Allah akan terus "membersihkan" bumi daripada terus dihuni oleh insan-insan derhaka melalui musibah sama ada yang berbentuk iblita', kafarah atau bala. Kematian, kehancuran dan penjajahan akan terus berlaku.

Musibah yang berlaku ke atas manusia di serata dunia sesungguhnya membawa hikmah yang besar apabila dilihat dengan mata hati. Pada zahirnya, negatif tetapi secara tersirat ia membawa seribu satu hikmah dan pengajaran. Dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang, orang yang beriman akan mendapat kebaikan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
"Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 11, 2011

JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR

Jika hendak dikirakan 'beriman' dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan..  Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu… syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini.. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih 'senior' dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya 'pendatang' baru yang diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina… seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka… kerana gugur sifat kehambaannya!

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan,  ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan 'pemberontakan' dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada di sedari atau tanpa disedari…

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan   dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja  dapat menjangkau hikmah yang terkandung  di dalam cubaan dan bala yang menimpa duirinyanya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah  bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi  demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah  dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan  maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

"…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." Surah Al Baqarah : 216

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa  nikmat di sisi Allah  itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya." Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (Penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:

"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.