Wednesday, May 9, 2012
Rahsia Tarikh 31/08/57
31 08 57 - Rahsia Angka 857 adalah tahun pembukaan Kota Konstantinople oleh Raja Muhammad Al Fateh iaitu tahun 857 Hijrah/1453M. Rahsia Angka 108 adalah 10 Ramadhan 8 Hijrah iaitu pembukaan kota Mekah. Rahsia Angka 31 pula adalah nilai numeric Alfabet Arab iaitu AL ( Alif dicampur dengan Lam nilainya ialah 31). Selain daripada itu rahsia angka 857 dalam nilai numeric Arab ialah Baldatun Toyyibatun. Ba + Lam + Dal + Ta, + Tho + Ya + Ba + Ta (2 + 30 + 4 + 400 + 9 + 10 + 2 + 400 = 857)Rahsia angka 31 adalah nilai AL. Alif + Lam ( 1 + 30 = 31)Maka maknanya tanggal 31 bulan 08 tahun 57 ialah AL-Baldatun Toyyibatun (Si Negeri yang baik aman dan makmur). Rujuk Baldatun Toyyibatun Surah Saba' ayat 15. Syeikh Abdullah Fahim secara hakikat telah mengikat (binding) angka pembukaan kota Mekah 10Ramadhan 8Hijrah dengan angka pembukaan kota Konstantinople 857 Hirah dengan angka tarikh kemerdekaan Malaysia maka jadilah 310857. Oleh itu tarikh kemerdekaan Malaysia adalah satu ikatan binding antara Pembukaan Kota Mekah dan Pembukaan Kota Konstantinople (Daulah Turki Uthmaniyah). Tarikh inilah rahsianya menjadikan Malaysia aman dan makmur dan selamat daripada berbagai-bagai ancaman dengan IZIN ALLAH AZZA WA JALLA berkat ilmu Falak Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment