Semalam, Nik Aziz menempelak pandangan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak terhadap PAS dengan menganggap kenyataan beliau bahawa PAS sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam, sebagai pandangan lapuk dari seorang mufti. Sebelum ini Nik Aziz telah mempertikai fatwa bahawa 'merusuh untuk menentang kerajaan adalah haram', yang terhasil dari kajian 24 ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Kritikan keras Nik Aziz terhadap para Mufti ini adalah semata-mata untuk menjustifikasikan rusuhan BERSIH 3.0 sebagai sesuatu yang dibenarkan dalam agama Islam.
Masyarakat secara amnya menerima Nik Aziz sebagai Ulama. PAS pula menganggap Nik Aziz sebagai jauh mengatasi Ulama-ulama lain iaitu seorang Mursyid. Nik Aziz dianggap keramat, wali hatta mampu 'menerima wahyu' mengampunkan dosa orang lain. Kononnya, apa yang keluar dari mulut Nik Aziz pasti menjadi kenyataan. Maka, apabila Nik Aziz mendoakan agar Tun Dr. Mahathir pecah perut dan pengundi hanya nampak bulan di kertas undi, seluruh penganut PAS percaya dan tertunggu-tunggu 'mukjizat' itu diperlihatkan kepada seluruh manusia.
Namun, Tun Dr. Mahathir kekal segak bergaya, tajam fikiran, dihormati dan disanjungi di seluruh dunia dan disambut meriah di mana saja. BN juga kekal memerintah sehingga kini. Hanya Nik Aziz yang semakin hari semakin uzur sehinggakan terpaksa disediakan katil di pejabatnya dan tidak lagi dapat naik tangga.
Nik Aziz juga sudah berkali-kali bersama dengan penganut PAS mengadakan sembahyang hajat agar Anwar Ibrahim terpelihara. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Satu demi satu skandalnya terbongkar, seorang demi seorang rakannya meninggalkannya dan kini khabarnya beliau bergelut mengawal HIV di dalam darahnya. Entah benar entah tidak, bukan masalah kita tetapi masalah Anwar jua.
Maka, pernahkah kita bertanya, siapa yang melantik Nik Aziz sebagai Ulama? Apakah kelayakannya untuk mempertikai fatwa para mufti dan menghukum pandangan mereka sebagai lapuk? Tidakkah kita tertanya-tanya kenapa semua doa Nik Aziz tidak diterima tetapi yang terjadi adalah sebaliknya? Tetapi, kenapa Nik Aziz di'sembah' sebegitu rupa?
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa Nik Aziz bukan Ulama.
Suatu ketika dahulu, beliau hanyalah seorang pemuda yang belajar agama di Deobond, India dan kembali ke Malaysia menjadi guru tadika Kemas sambil mengajar Al-Quran dan memberi tazkirah dan kuliah agama sebelum menjadi pemimpin PAS. Tetapi ini tidak menjadikan beliau seorang alim-ulama yakni seorang yang berpengetahuan dan berilmu serta bijaksana. Ini kerana, selama pulangnya dari India sehingga kini Nik Aziz tidak pernah mengkaji apa-apa, jauh sekali menghasilkan buku-buku ilmiah yang boleh dijadikan rujukan seluruh dunia.
Justeru, kenapa kita meletakkan taraf Ulama dengan sebegitu rendah sekali? Tahukah kita bahawa Ulama di zaman kegemilangan Islam adalah para saintis, doktor, jurubina, yang menyumbang kepada dunia dan manusia sejagat? Mereka mencipta, mencari penyelesaian dan jawapan kepada permasalahan cakerawala – langit, tanah, lautan dan udara selain manusia.
Kenapakah hari ini, Ulama hanya dihadkan kepada seorang yang belajar agama, tanpa mengira sumbangannya? Dan kenapakah sumbangan mereka hanya dinilai dari segi ceramah, dan bukannya hasil penyelidikan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia keseluruhan? Kenapakah agama hanya dihadkan kepada persediaan untuk mati dan bukannya tentang keajaiban kehidupan?
Dalam kita mentafsirkan kembali kedudukan Nik Aziz dalam masyarakat, kita juga perlu mentafsirkan kembali siapa Ulama agar tidak mudah disesatkan oleh Ulama-ulama jahat yang berkeliaran di seluruh pelusuk dunia, memecahbelahkan dan menyesatkan manusia agar percaya yang batil itu haq dan yang haq itu batil.
Hari ini diri Nik Aziz semakin terhina. Beliau digelar dengan berbagai panggilan buruk. Tiada lagi cakap berlapik jika ingin mengkritik Nik Aziz. Tiada lagi rasa hormat walaupun sekadar sebagai seorang yang lebih tua. Jika Tun Dr. Mahathir dirujuk sebagai Ayahanda, Nik Aziz pula dirujuk sebagai wali selipar atau barua Cina.
Walaupun begitu, Nik Aziz masih berada di alam khayalan kononnya beliau adalah Ulama besar yang dihormati. Ternyata ketaksuban pengikut-pengikutnya telah menyebabkan beliau tidak lagi berpijak di bumi nyata. Sikap takbur dan riak telah menghindarkannya dari melihat kebenaran.
Artikel ini bukan berniat untuk memperlekeh Nik Aziz, tetapi untuk menarik Nik Aziz agar kembali ke bumi nyata melihat siapa dirinya. Nik Aziz dan Tan Sri Harussani umpama langit dengan bumi dari segi pengetahuan, pemikiran dan segala-galanya. Adalah tidak wajar jika ada di antara kita yang meletakkan pendapat Nik Aziz mengatasi pendapat Tan Sri Harussani dan mufti-mufti lain.
Sesungguhnya, Nik Aziz adalah lebih mulia ketika beliau hanya menjadi guru tadika, berbakti kepada anak-anak kecil dan masyarakat, berbanding sekarang apabila beliau menjadi Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS tetapi tidak mampu berbuat apa-apa melainkan kerosakan semata-mata
Sent from Samsung tablet
No comments:
Post a Comment