Tuesday, February 28, 2012

ERYKAH BADU : PENDIRIAN WIRA PERKASA

Saya ditanyakan tentang pendirian saya terhadap Erykah Badu dan ini adalah jawapan saya.:

Pendirian saya ini jika boleh dianggap sebagai pendirian Wira Perkasa Malaysia, ada dua perkara yang ingin saya bangkitkan. Yang pertama, kami Wira Perkasa membantah sekeras-kerasnya konsert Erykah Badu ini kerana penyanyi ini terang-terang telah mempersendakan dan menghina Islam dengan tindakannya mencacah tatoo kalimah Allah dikiri dan kanan bahunya. Bagaimana penyanyi seperti ini dibenarkan membuat persembahan di sebuah negara Islam? Layakkah penyanyi ini diberi kebenaran untuk mengadakan persembahan di sini?

Yang kedua, kami menuntut jawapan dan tindakan dari pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagaimana penyanyi ini boleh dibenarkan membuat konsert disini?, tidak adakah sistem pemantauan dilakukan bila mana ada pihak penganjur membawa artis dari barat untuk mengadakan persembahan di sini? jika ada, kenapa perkara-perkara seperti ini masih berlaku? Disini dilihat tidak ada keseriusan dari pihak kementerian dalam menjalankan pemantauan terhadap artis-artis luar yang akan mengadakan persembahan di Malaysia. Sampai bila perkara-perkara sebegini akan terus berlaku? Kita boleh "andaikan" kelulusan konsert artis-artis yang lalu seperti Adam Lambert dan Elton John yang ada orientasi hubungan sonsang sebagai personal atau kehidupan peribadi tetapi bagaimana pula dengan Erykah Badu yang terang-terang menonjolkan kalimah Allah di bahunya? Adakah ia dibenarkan atas nama Hak Asasi Manusia?

Kami mohon jawapan, 
Nurul Izham Anuar
Naib Ketua Wira Perkasa Malaysia

No comments:

Post a Comment