Thursday, January 27, 2011

PAS Mengamuk?

Hehehehe...dengar PAS bising ceramah mereka di Kg.Tenang x dapat sambutan...pastu dia salahkan polis plak benarkan BN buat ceramah di kawasan berdekatan...hehehe...apa punya turr la angpa ni...dah jelas orang Tenang xmo pas...ang duk tunggu apa lagi? Pi balik lah...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Al-Assad setuju dgn saranan Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa pemimpin MCA kena hormati Islam...bersalaman dgn ajnabi mmg dilarang...hukum tetap hukum, mmg perit nak dinyatakan tp itu hakikat...tapi bab DAP lebih memahami Islam...itu memang merepek tahap gaban,"Over my dead body"...Negara Islam tidak termasuk dalam manifesto PR...hehehe sengal...lagi satu ceramah politik PAS sama dengan khutbah di masjid? lagi merepek tahap meroyan...naya la weiiii...

Sayidina Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab, Uthman ibn Affan, Ali bin Abi Talib dan Umar ibn Aziz telah membuat ucapan pertama selepas perlantikan mereka sebagai khalifah di mimbar-mimbar mesjid. Ucapan mereka penuh rasa takut dan gentar kepada Allah atas jawatan yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada mereka. "Aku bukanlah manusia yang terbaik untuk urusan ini," kata Sayidina Abu Bakar. "Jika Umar tersalah, maka betulkanlah dia," kata Umar Ibn Khattab. Tapi adakah ceramah PAS membawa pendengar kearah itu? Atau semata-mata menceritakan keburukan kerajaan dan bercerita kehebatan parti mereka sahaja?

Realiti ini boleh dilihat samada dalam kempen pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil. Kempen pilihanraya yang sepatutnya menjadi saluran untuk meyakinkan pengundi tentang dasar parti, kemampuan calon dan perubahan yang ingin dibuat telah bertukar menjadi medan caci-maki, hasut-menghasut, ejek-mengejek. Prinsip Machiavelli tidak seharusnya dibiarkan mendominasi senario politik Tanah Air. Islam tidak boleh terus menjadi semacam 'bahan komoditi' yang menjadi alat politik semata-mata. Kita tidak boleh melanggar nilai-nilai Islam dengan alasan untuk menegakkan Islam.

Jadi pandai-pandai fikirlah...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 26, 2011

Dilema Pejuang

Dilema perjuangan Melayu atau Islam…
satu prajudis atau kenyataan?
Satu realiti atau ilusi?


Mari kita bicarakannya lewat puisi
Berwacana di persada kata nan indah
Merangkai minda disulaman madah
Agar bahangnya tidak begitu menyerlah
Agar dapat segalanya direnungi…
tanpa emosi berapi-api!


Pertama mari kita fikirkan…
Agama kita sama, syahadah kita serupa
Tapi mengapa mesti berpecah?

 
Kedua mari kita renungkan
Bangsa kita sama,  darah kita serupa
Tapi mengapa mesti bertelagah?


Darah dan syahadah boleh terpisah?
Justeru sepatutnya dengan keduanya
lebih mudah menyatukan kita
kerana agama dan bangsa kita sama
akidah kita Islam, kabilah kita Melayu…
tapi kenapa sukar untuk bersatu?

 
Dalam realitinya sungguh berbeza
Agama didakwa punca sengketa
cintakan Islam telah dipolitikkan
kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan…
Islam disinonimkan dengan parti
Wajarkah begitu? 
 

Cintakan bangsa turut dipersalah
Kasihkan watan dituduh asabiah
Melayu dan Islam bagai bertentangan
Keduanya saling berkonflik
Islam menggugat semangat patriotik
Benarkah begitu?


Cintakan agama atau bangsa?
seolah-olah satu dilema
satu ke Timur satu ke Barat
tak mungkin tersatu dalam muafakat
benarkah itu satu hakikat
atau itu hanya satu muslihat?
Lain tersirat lain tersurat?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nizar Yang Haram

Nizar "Lambai" kata haram syarie pangkah UMNO dan BN...eheheh...sedap mulutnya kuda DAP ni cakap...Allah bagi dia sepasang telinga besar untuk dengar dengan betul baru la tak sengal mcm sekarang...nampak sangat kufur nikmat x gunakan kelebihan yang Allah bagi...

Ingat lepas kes Amanat Haji Hadi yang dah makan diri tu dah x keluar dah isu halal haramkan undi parti ni. Makin bengaplah puak2 taklid buta nih...naya...main ikutttt je cakap pemimpin...

Aku duk ingat masa zaman U dulu, rajin gak layan usrah kepimpinan ni, amir cakap UMNO ni umpama sekawah daging di masak waktu kenduri, di campak 2 ketul daging babi(MIC dan MCA) HUKUM dia HARAM...siapa yang mengundi UMNO HUKUM dia KAFIRRRR...hari ni PAS+DAP(Komunis Anti Islam)+PKR(Pluralisme)=?... Kafir tak? Adakah meletakkan agama Islam sama taraf dgn agama lain satu tindakan yang Islamik? Kedua, dulu orang2 PAS di Felda2 khususnya solat dalam kebun kelapa sawit kononnya masjid yang dibina UMNO kalau solat, amalannya tidak akan dibawa kelangit...Kerajaan negeri Kelantan 20 tahun lebih memerintah solat di masjid yg siapa bina?

Apa yang sakit hati sangat ko dengan UMNO? Matanglah sikit berpolitik...tak habis-habis main sentimen...implimentasi gagal...kaput...

P/s : masih terngiang2 Nizar cakap dalam manuskrip manakah yang mengatakan PAS akan menubuhkan negara Islam...habis yang duk dalam tu x faham2 ke? Sah-sah korang kena kelentong hidup2...eiii sapalah nak tanggung dosa laki bini bercerai berai, anak bertelagah dgn mak bapa...masyarakat berpecah belah, sembahyang 2 imam?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hukuman Mustaffa Kamil Ayub Ditangguh

hukuman terhadap Mustaffa Kamil Ayob ditangguh kerana surat tunjuk sebab diberi tanpa rujuk Anwar dan Wan Azizah? maknanya jawatankuasa disiplin PKR is powerless...hehehe..untung la jadi "orang2" triple A...to bad for u gobala...there is no keadilan in Parti KeAdilan...hehehe
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.