Monday, June 18, 2012

Pandangan Mantan Timbalan Syeikh Azhar mengenai tangguh haji

Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, selaku pembentang kertas kerja pertama membuat dakwaan itu ketika menjawab soalan bertulis daripada seorang peserta seminar tersebut.Menurut Sheikh Mahmoud, beberapa ribu orang rakyat Malaysia yang mengerjakan ibadah haji tidak akan menjejaskan proses pengundian di negara ini dan tidak patutlah ibadah yang tergolong dalam perkara fardhu itu ditangguhkan hanya untuk membolehkan mereka mengundi!!

Walaupun tidak dituju kepada sesiapa tapi rakyat negara ini keseluruhannya sudah tentu tahu bahawa satu-satunya pihak yang menganjurkan kepada jentera partinya untuk menangguhkan ibadah haji pada tahun ini ialah parti PAS sahaja.Itu menjadikan pandangan dan pendapat mantan Sheikh Al-Azhar ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang setakat ini diketahui menyokong pandangan Ketua Penerangan parti tersebut Tuan Ibrahim Tuan Man, seperti Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Nik Amar dan Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Nik Aziz Nik. 

Walaupun benar perihal wajib mengundi itu...tetapi bukan semua rakyat Malaysia pergi menunaikan fardu haji hingga menjejaskan perjalanan pentadbiran negara. Kedua, tidak ada jaminan umur kita masih panjang untuk menjadi tetamu Allah lagi. Ketiga, ini hakikat yang paling pahit nak diterima...semua orang tahu kebanyakan orang menyokong PR adalah semata-mata kerana PAS, tetapi hakikatnya PAS tidak pernah di beri penghormatan yang sepatutnya diterima oleh parti politik yang senior. PAS sentiasa diletakkan di letakkan di tempat ketiga. Bukti yang paling nyata PAS tidak dihormati 1) Di mana janji PR, Salleh Man akan menjadi EXCO agama jika beliau menang di PRK Permatang Pasir. 2) Kenapa kerusi EXCO agama Negeri Selangor tidak di kembalikan semula kepada PAS? Jadi pergilah selesaikan rukun Islam kita yang ke5 itu...sempurnakanlah urusan ibadah kita dahulu..kemudian barulah uruskan urusan dunia kita

No comments:

Post a Comment