Tuesday, June 12, 2012

Majlis Istighasah Al Kubro

Satu Majlis Istighasah Al-Kubra peringkat negeri Selangor akan diadakan pada :
Tarikh   : 7 Julai 2012 (Sabtu)/17 Syaaban 1433H
Masa     : 4.00 pagi -8.00 pagi
Tempat : Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah Shah Alam

Aturcara :
4.00 pagi  : Solat Tahajjud (8 rakaat)
                 : Solat Hajat (2 rakaat)
                 : Solat Witir (3 rakaat)
5.45 pagi  : Solat Subuh
                 : Tazkirah Istighasah
6.45 pagi  : Majlis Zikir Munajat Istighasah
8.00 pagi  : Minum Pagi/Bersurai

Jemput Hadir Beramai-Ramai...marilah kita bersama-sama memohon keamanan negara dan kesejahteraan ummah.

Untuk rakan-rakan yang kurang faham makna istighasah. Istighasah bermaksud "meminta pertolongan" yang diertikan sebagai zikir atau wirid yang dilakukan secara beramai-ramai di tempat-tempat di tempat-tempat terbuka semata-mata untuk mendapat petunjuk dan pertolongan daripada Allah S.W.T, meminta pertolongan ketika dalam keadaan sukar dan sulit.




Sent from Samsung tablet

No comments:

Post a Comment