Thursday, February 10, 2011

Kerajaan Menjaga Kebajikan Rakyat Tidak Kira Siapa

Minda Al-Assad sudah dua hari berada di KLIA menyambut kepulangan pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir. Alhamdulillah terpancar rasa syukur dan gembira di wajah-wajah para ibubapa, hinggakan sanggup berdiri di depan pintu ketibaan berjam-jam. Tahniah juga Minda Al-Assad ucapkan kepada sukarelawan BN yang bertungkus lumus menghantar makanan kepada ibubapa yang pasti kelaparan sementara menunggu ketibaan anak-anak mereka.

Walaupun ada juga segelintir ibubapa yang tak reti bersyukur dan berterima kasih kerana usaha kerajaan membawa pulang anak-anak mereka, tetapi kebanyakan mengucapkan terima kasih kepada DS Najib atas usaha dan keprihatinan kerajaan. Walaupun mempunyai imej islamik tetapi belum tentu Islamik. Itu yang ditunjukkan oleh mereka...heee...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. imej saja islamik,tapi belum tentu islamik ialah munafik..
    puak2 pas ni yang telah menjadi munafik...tak tahu bersyukur...

    ReplyDelete