Tuesday, September 9, 2008

MB Perak Mengelirukan

SELURUH umat Melayu terkedu dengan tindakan Menteri Besar (MB) Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina. Kononnya supaya sekolah-sekolah Cina tersebut dapat memajukan tanah tersebut bagi menambahkan pendapatan sekolah!Tindakan MB Perak itu menjelaskan jawatannya sebagai boneka DAP. Lebih dikesalkan lagi menerusi sidang akhbar beliau, MB Perak tersebut membuka ruang kepada seorang Exco DAP mempersoalkan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sebelumnya telah menganugerahkan tanah untuk pembinaan sebuah kolej Islam.Sebenarnya tidak timbul isu peruntukan sekolah persendirian Cina tidak mencukupi kerana sekiranya pentadbir sekolah Cina berasa sudah tidak mampu untuk beroperasi, banyak sekolah kebangsaan disediakan untuk menerima pelajar sekolah persendirian Cina terbabit.Masyarakat sedia maklum bahawa Kementerian Pelajaran proaktif memperkasakan sekolah kebangsaan dan seharusnya belajar di sekolah kebangsaan menjadi keutamaan dan sebagai penyelesaian terbaik, bukannya dengan menganugerahkan tanah kepada sekolah persendirian Cina.Bagaimana MB Perak akan menangani permasalahan sekiranya semua sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah kebangsaan turut menuntut dianugerahkan tanah. Hal ini kerana semua sekolah mengalami kekurangan pendapatan. Pendapatan yang lebih bermakna lebih banyak aktiviti untuk kemajuan pelajar dapat dijalankan.Jika dibandingkan pula SJKT dan sekolah kebangsaan dengan sekolah persendirian Cina, sekolah persendirian Cina dengan mudah dapat mengumpulkan dana daripada kalangan masyarakat peniaga Cina dengan mengadakan majlis makan malam dan sebagainya sehinggakan ada sekolah persendirian Cina yang dilengkapi penghawa dingin sepenuhnya, memiliki dewan perhimpunan, malah ada sekolah persendirian mempunyai kemudahan lif!Jelas, MB Perak lebih mengutamakan kepentingan kaum Cina dan mengabaikan kepentingan kaum lain terutama kaum Melayu, justeru seluruh umat Melayu terutama di Perak harus sedar bahawa mereka telah salah memilih pemimpin. Tidak salah sekiranya saya mengatakan mereka yang telah mengundi Pas dan PKR di Perak telah melakukan dosa yang amat besar terhadap orang Melayu!Apa sudah nak jadi dengan pemimpin Melayu? Di Perak, pemimpin Melayu Pas menjaga kebajikan kaum Cina, pemimpin Melayu PKR mengetepikan orang Melayu sendiri hingga sanggup menjanjikan kerusi Timbalan Perdana Menteri yang sah milik Melayu kepada kaum Cina dan India.Apabila Melayu menyentuh sedikit tentang asal-usul kaum Cina dan India, Melayulah yang bersalah dan harus memohon maaf tetapi apabila kaum lain bukan sekadar menyentuh malah menggoncang hak istimewa orang Melayu dan agama Islam, tiada sesiapa yang perlu meminta maaf?

Dari Generasi Muda

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum. Saya suka sekali film saladin ini. Apa anda punya epidose yang ke 6 dan seterusnya?? Jika ada boleh kirimkan ke saya?? ke e-mail qadriasih.in.com, terimakasih

    ReplyDelete