Monday, May 14, 2012

Fwd: Kenapa DAP Tolak Panel Bebas Siasat BERSIH 3.0?

Ba'am Al-Assad

---------- Forwarded message ----------
From: "Nurul Izham Nurul Anuar" <baamizham@gmail.com>
Date: May 14, 2012 4:08 PM
Subject: Kenapa DAP Tolak Panel Bebas Siasat BERSIH 3.0?
To: <baamizham.al-assad.blogger.com@gmail.com>

BERSIH 3.0 benar-benar memakan diri pembangkang. Sudahlah gagal dari segi jumlah sokongan, mereka juga gagal memutarbelit fakta untuk menunjukkan keganasan dimulakan oleh polis dan bukannya perusuh. Akibat gagal, mereka terpaksa menuduh perusuh yang mengganas itu sebagai polis yang menyamar. Untuk itu, blog-blog, laman web dan penyokong mereka jenuh berpusing-pusing cuba menjustifikasikan keganasan yang dilakukan mereka.

Bagi meredakan keadaan, kerajaan telah mengisytiharkan panel bebas untuk menyiasat BERSIH 3.0 yang kemudiannya diterima dengan sinis oleh pihak pembangkang. Pada 12 Mei lalu, DAP mengisytiharkan pemboikotan panel bebas untuk menyiasat keganasan semasa Perhimpunan Bersih 3.0.

Nampaknya, sudah menjadi sikap semulajadi DAP di mana setelah membuat tuduhan itu dan ini terhadap musuh-musuh mereka, mereka akan mendesak agar siasatan dilakukan. Tetapi apabila usaha untuk menyiasatnya dibuat, mereka akan membuat berbagai helah untuk menolak atau memboikot panel siasatan dan juga hasil siasatan sekiranya ia tidak menyebelahi mereka.

Sebelum ini mereka telah membuat perkara yang sama dalam isu kematian Teoh Beng Hock. Malah, jika diamati, isu BERSIH itu sendiri juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu menuduh SPR sebagai tidak bersih dan kemudiannya menafikan semua usaha SPR untuk penambahbaikan.

Jika dalam isu kematian Teoh Beng Hock, DAP berbuat demikian kerana ingin mengalih dan menutup isu sebenar iaitu salahguna kuasa dan korupsi ADUN mereka, maka tidak salah kita mengesyaki taktik yang sama dalam isu BERSIH 3.0 iaitu untuk menutup kesalahan sendiri.

Alasan DAP kali ini ialah mereka enggan menerima perlantikan Tun Mohammad Hanif Omar sebagai ketua panel siasatan, atas alasan beliau mengambil pendirian yang partisan terhadap Bersih dengan mendakwa bahawa golongan pro-komunis telah terlibat serta menyokong dakwaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah cubaan untuk menggulingkan kerajaan.

Walaubagaimanapun, dalam menuduh Tun Hanif sebagai partisan, DAP pula mencadangkan pihak yang tidak kurang bersifat partisan seperti Suhakam. DAP juga menyokong pandangan Majlis Peguam Malaysia bahawa panel siasatan kekurangan rangka kerja perundangan dan tidak mengurniakan imuniti undang-undang kepada mereka yang terlibat dalam prosiding serta kekurangan kuasa undang-undang untuk memberi sepina kepada saksi-saksi atau menuntut dokumen-dokumen.

Sedangkan sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Suhakam dan Majlis Peguam adalah dua badan yang tidak pernah bertindak adil, sentiasa berat sebelah, tidak professional serta penuh putar-belit demi untuk membela pihak penentang undang-undang dan kerajaan. Kedua-duanya juga diragui mempunyai hubungan dengan anasir luar serta disyaki menerima dana asing.

Justeru, jika kita perlu memilih antara dua pihak yang berpartisan, bukankah lebih baik kita memihak kepada Tun Hanif yang terbukti seorang yang berjasa pada negara, tidak berat sebelah, bersifat patriotik dan amat professional selama perkhidmatan beliau dalam menjaga keselamatan kita semua.

Kita tidak faham kenapa DAP perlu meragui Tun Hanif tetapi memberi kepercayaan kepada Suhakam dan mendengar cakap Majlis Peguam? Sedangkan Majlis Peguam sendiri terbukti telah menyembunyikan fakta sebenar tentang keganasan BERSIH 3.0 sepertimana yang didedahkan oleh peguam Ranjit Singh Dhillon di Youtube.

Pendedahan itu pula disokong dengan tindakan saman oleh seorang ahli Majlis Peguam iaitu Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz yang mendakwa Majlis Peguam telah gagal sama sekali bertindak sebagai badan yang professional apabila dalam tempoh kurang lima jam mesyuarat untuk memutuskan resolusi BERSIH 3.0, telah memaparkan dengan jelas terlibat dalam ciri-ciri skandal pembohongan, bias, berada dalam kedudukan yang diragui serta banyak lagi.

Jelas di sini, pihak yang dirujuk dan disokong oleh DAP amat tidak boleh dipercayai.

Sikap DAP yang suka memihak kepada penjenayah, perusuh dan mereka yang melanggar undang-undang amatlah dikesalkan. Dengan itu, salahkah kita menyatakan bahawa DAP sebenarnya takut dengan sikap professional dan tegas Tun Hanif dalam menerajui siasatan BERSIH 3.0.

Tidak mustahil DAP punya sesuatu untuk disembunyikan mengenai BERSIH 3.0, seperti juga dalam kes Teoh Beng Hock. Mungkinkah DAP bimbang tangan siapa di belakang, dan dari mana datangnya dana serta bagaimana keseluruhan BERSIH 3.0 dirancang akan terbongkar dengan seluas-luasnya sekiranya siasatan menyeluruh diketuai oleh tokoh seperti Tun Hanif, iaitu seorang bekas penguatkuasa undang-undang yang amat dihormati dan dikagumi oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

Ba'am Al-Assad

zz_nuriz@yahoo.com sent you a video: "20120513 Azam beri ringkasan EGM Bar Council"

YouTube help center | e-mail options | report spam

zz_nuriz@yahoo.com has shared a video with you on YouTube:

© 2012 YouTube, LLC
901 Cherry Ave, San Bruno, CA 94066

When Will This Hudud Drama End?


Pas's Deputy Youth Chief, Dr. Raja Ahmad Al Hiss stressed that the statement made by Datuk Seri Abdul Hadi Awang regarding the implementation of hudud if PR wins the General Election does not clash with Pakatan Rakyat's principal. Pas's Scholar Chief, Datuk Dr. Harun Taib also said the same and suggested that Karpal's opinion should just be put aside. Karpal Singh previously objected Hadi Awang for bringing back the issue of hudud which he thought was oer, where it would not be implemented when PAS agreed to change their objective from Islamic nation to Welfare nation. Karpal also referred to Hadi Awang recent statement where he wanted to change from Islam as the official religion in Malaysia to Islamic way of living (Addin) to all. With that, Karpal demanded so that PAS would stop all the talks on Islam especially hudud.

According to him, talks on Islam is simply confusing voters, and that it does not go in line with Pakatan Rakyat's principal. We do agree with Karpal where PAS needs to make a decision with their stand on hudud for one last time. In PAS's earlier days, the party made hudud as their main focus. With the stand, many PAS's supporters have turned fanatic and they fully oppose the government which they think that the government is secular and that it cannot implement hudud. The incident of Memali and Sauk would be few examples of tragic moments that came from such extreme movement that was brought by PAS. Without them knowing, hudud is simply a political drama to gain support from Muslims. PAS is aware that Malays can be influenced easily through drama. With that, PAS had used this method to lure voters to this never-ending drama. When they see the opportunity to get to Putrajaya, by cooperating with Anwar Ibrahim, PAS suddenly became 'soft' and they began to be more open towards the implementation of hudud. To prove their openness, Hadi Awang said," Hudud is just 0.0001 part of the real aspect of Islamic law, but it is the government's responsibility to implement it." - (Hadi Awang / March 7, 2000 / Utusan Malaysia). It is clear that the position of hudud is only small. So, the extreme approach that was brought by PAS is simply a way to get political gain. In other words, PAS, especially Hadi Awang himself is simply acting - sometimes extreme, sometimes open. But, this is upsetting PAS's fanatic fans and PAS ended up having to provide excuses every time they are asked. Finally, when their 'play' helped them to win Kedah and maintain their power in Kelantan, PAS has agreed to change their Islamic nation principal that is actually in the hudud, just so that they could be in Putrajaya with DAP and PKR. This is their response: "We do have an agreement, fat this stage, we will not talk anything about hudud. Our main mission now is to bring down Barisan Nasional in elections". – (Nik Amar Nik Abdullah, Kelantan Government PAS's Exco/ September 3, 2010 / Utusan Malaysia) PAS thought that their openness would be accepted by everyone including their supporters. They never thought that their actions would eat themselves.

Due to that, PAS is now seen as a rug, slave to DAP and that they do not have any dignity. PAS is mocked, insulted for abandoning their principal, religion and rakyat just for politics. Things get worse when PAS went out of hands when they worked alongside Ambiga who supports murtad (convert out of Islam) and LGBT when they said that they would fight against all of that. Looking at all of this where supporters are angered, PAS once again try to continue their hudud drama that should have ended a long time ago. PAS believed that this is the best strategy to face the GE where they could show their power in rebutting Karpal Singh who is all against hudud. In a way, they did not see that this would only add up the rage among people to them. This is because, in certain, Karpal Singh would be consistant that he and DAP will always be against DAP and Islamic nation. The one that is unclear and inconsistent would be PAS. Thus, PAS needs to accept the fact that this hudud drama is dead, especially if they keep on using the same actors and script.

Ba'am Al-Assad

Saturday, May 12, 2012

Selamat Ulang Tahun UMNO Ke-66

Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 disambut dengan begitu bersemangat dan meriah hari ini. Stadium Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti 100,000 penuh sesak sehingga tidak cukup tempat duduk. Tidak salah jika dikatakan bahawa sambutan ini adalah yang paling bersemangat dan hebat sejak berakhirnya era pemerintahan Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Petikan lirik lagu UMNO iaitu, 'UMNO terus mara' adalah tepat untuk menggambarkan perjuangan parti yang banyak berjasa ini. Walaupun dicabar, ditentang dan diasak dari luar, dari dalam dan sejak dahulu sehingga sekarang, UMNO kekal tegak berdiri memikul amanah agama, bangsa dan negara.

Jika pembangkang masih enggan mengakui akan kekuatan UMNO, maka mereka harus berfikir sekali lagi selepas menyaksikan perhimpunan raksaksa ini.

Tetapi, kita yakin bahawa pembangkang sebenarnya cukup maklum akan kekuatan UMNO dan kerana itulah mereka perlu mengadakan BERSIH, perlu mempersoalkan sistem pilihanraya, perlu menggembar-gemburkan kisah pengundi hantu dan sebagainya untuk dijadikan alasan apabila kalah dalam pilihanraya nanti.

Kerana itulah juga mereka tidak jemu-jemu berusaha menjatuhkan UMNO melalui jalan belakang bagi mengelak dari melalui pilihanraya.

Begitu jelas sekali bahawa sokongan terhadap pembangkagn tidaklah sekuat laungan fitnah yang mereka lemparkan terhadap kerajaan. Malah, perhimpunan BERSIH 3.0 yang ditaja oleh zionis, di mana peserta-peserta diberi bayaran juga hanya mampu mengumpul lebih kurang 25,000 orang sahaja. Itupun setelah dicampur dengan kumpulan penentang Lynas dan penyokong LGBT yang menyasarkan musuh yang sama iaitu UMNO.

Justeru, di manakah yang dikatakan kekuatan pembangkang? Di dalam laman sosial di internet sajakah? Kenapakah penyokong-penyokong tegar di internet itu tidak mampu dikumpulkan secara tersusun untuk turun berdemonstrasi ketika BERSIH 3.0? Apakah mereka tidak cukup bersemangat? Atau tidak cukup keyakinan? Atau pengecut? Atau bayaran yang diberi oleh pihak pembangkang/BERSIH terlalu rendah?

Jawapannya ialah kerana penyokong mereka tidak seramai mana. Segelintir yang ada itu pula pondan-pondan, pengecut dan pak-pak turut belaka - konon ingin berjuang tetapi terhegeh-hegeh meminta simpati apabila cedera. Kerana itulah BERSIH 3.0 gagal dan kerana itulah juga pembangkang bakal kalah lagi dalam pilihanraya kali ini.

Walaubagaimanapun, kita wajar mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana kita percaya, semangat yang memuncak dan kesedaran yang meningkat di kalangan golongan atas pagar yang diterjemah dalam sambutan ulang tahun UMNO hari ini adalah sedikit sebanyak berpunca dari sikap dan kelemahan pembangkang sendiri, terutamanya dalam penganjuran BERSIH 3.0.

Sesungguhnya, sifat pembangkang yang sentiasa bergelumang dengan skandal dan suka melakukan kerosakan, memudahkan kerja UMNO. Jika pembangkang perlu melakukan penipuan dan memfitnah seperti memalsukan gambar dan mereka-reka cerita tentang keburukan pemimpin UMNO, UMNO pula tidak perlu berbuat begitu. UMNO hanya perlu tunggu dan lihat sahaja bagaimana pembangkang 'membunuh' diri mereka sendiri secara perlahan-lahan.

Itulah bezanya parti yang berjasa dengan parti yang hanya tahu bercakap. Manusia yang banyak bercakap selalunya akan lebih banyak berbuat silap. Begitu jugalah dengan pembangkang yang saban hari kerjanya adalah bercakap, berkempen dan berceramah. Semakin lama semakin banyak yang mereka tersasul dan semakin teruk mereka merapu.

UMNO pula tidak perlu bercakap banyak dan hanya bercakap bila perlu. Selebihnya UMNO bekerja untuk rakyat dan untuk negara.

Hari ini, kita bertuah dapat menyaksikan UMNO bangkit kembali dari kecederaan dan terus mara menuju pilihanraya demi agama, bangsa dan negara! Hidup UMNO! Hidup Melayu! Allah selamatkan Malaysia!

Ba'am Al-Assad

Hadi Awang Sahkan Hudud Hanya Umpan Politik

Hadi Awang Sahkan Hudud Hanya Umpan Politik

Hukum hudud bukanlah satu keutamaan pakatan pembangkang, itu kata Hadi Awang yang juga Presiden PAS. Jelasnya lagi, hudud akan tetap dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang mengambilalih kerajaan. Tapi... ada tapinya...

Kata Hadi, hukum hudud hanya akan dilaksanakan mengikut proses demokrasi dan selepas masalah kemiskinan dapat diatasi serta hanya terhad kepada umat Islam sahaja pada permulaannya. Menurutnya lagi hukum hudud tidak dapat dilaksanakan selagi gaji minimum tidak dilaksanakan.

Banyak pula syarat, dalih dan alasan itu ini bila masuk bab perlaksanaan, nampak sangat sewaktu menabur janji dan selepas selesai membentangkan draf hukum hudud di DUN Kelantan pada tahun 1993, PAS sengaja mahu ianya tergantung setakat itu sahaja.

Keutamaan dan modus operandi sebenar PAS dalam isu hudud hanyalah berkisar pada soal mencari undi dan pengaruh politik untuk mengejar kuasa duniawi bagi keselesaan diri sendiri itu saja. Noktah.

Soal perlaksanaan, prasarana dan praktikal hukum hudud, PAS tak pernah pun ambil tahu dan ianya terbukti benar apabila hanya selepas Mufti Kelantan mengkritik kerajaan PAS Kelantan tahun lepas bersabit persoalan hudud barulah cepat-cepat kerajaan Nik Aziz menubuhkan jawatankuasa teknikal.

Itupun sampai sekarang jawatankuasa teknikal tersebut tidak pernah mengadakan walau satu mesyuarat pun untuk membincangkan persoalan teknikal dan perlaksanaan hukum hudud.

Semasa berkempen di atas pentas ceramah bukan main gah, bersembur air liur melaungkan takbir sambil menghukum UMNO dan Kerajaan BN sebagai anti-Islam, kafir dan jahiliah seolah-olah PAS bila-bila masa saja akan melaksanakan hudud dalam pemerintahannya.

Kita tak lupa Hadi Awang jugalah yang pernah menjanjikan perlaksanaan hudud di Terengganu sebelum ayam jantan habis berkokok. Selepas 4 tahun memerintah Terengganu sehinggalah dihumban oleh rakyat dari tampuk pemerintahan negeri, ayam jantan sampai hilang suara pun bayang hudud secara praktikal pun tak nampak.

Dan kini Hadi Awang dan PAS datang lagi buat perangai lama hanya kerana musim pilihanraya makin dekat, bertempik sakanlah mereka melaungkan akan laksanakan hudud dalam pemerintahan. Bezanya kali ini laungan PAS berselindung disebalik isu halangan kemiskinan dan gaji minimum pula - perkara yang mereka tak fikirpun dulu sewaktu mula-mula menggembar gemburkan isu hudud.

Itulah nawaitu utama PAS bila mana menggembar gemburkan isu hudud segalanya hanya sekadar alat dan umpan politik semata-mata untuk mendapatkan sokongan secara mudah kerana dah terbiasa menjual agama dan gadai hukum hakam demi politik kepartian - dah jadi tabie semulajadi PAS sejak dulu hingga sekarang.

Ba'am Al-Assad

Wednesday, May 9, 2012

Bersih 3.0: Ranjit Mahukan Kebenaran Dari Majlis Peguam

PETALING JAYA: Salah seorang daripada ahli Majlis Peguam (Bar Council) telah muncul di YouTube dan meminta agar Majlis Peguam memberi sebab terhadap segala keganasan yang berlaku ketika perhimpunan Bersih 3.0 didalam laporan mereka. Dalam video selama tujuh minit tersebut yang dimuatnaik pada tiga hari yang lalu, peguam, Ranjit Singh Dhillon berkata bahawa Pengerusi badan tersebut, Lim Chee Wee telah 'termakan senjata sendiri' melalui kenyataan bercanggah yang dibuat terhadap provokasi kepada pihak polis yang dilakukan oleh peserta-peserta. "Dia (Lim) adalah seorang ketua terhadap sebuah badan professional dan didalam laporan dsebanyak 26 mukasurat tersebut, segala apa yang ditulis adalah bercanggah. "Undang-undang adalah sesuatu yang khusus. Kita sepatutnya berkhidmat untuk rakyat. Laporkan apa yang sebenarnya berlaku dan serahkan kepada rakyat untuk menilai," kata Ranjit terhadap laporan tersebut. Beliau berkata bahawa pada peringkat awal laporan tersebut, Majlis Peguam menyatakan bahawa tiada provokasi dilakukan terhadap pihak polis pada awalnya. Provokasi hanya dilakukan di saat-saat akhir perhimpunan. Ranjit menyatakan bahawa beliau agak terkejut apabila Lim tidak menyatakan apa-apa terhadap apa yang menyebabkan berlakunya keganasan di Dataran Merdeka ketika perhimpunan tersebut, dan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa walaupun setelah penghadang polis dimusnahkan, pihak polis tidak berganjak sehingga peserta masuk sejauh 50 meter dari penghadang tersebut. Laporan tersebut adalah berdasarkan pemerhatian 78 sukarelawan dari majlis tersebut dan mereka memerhatikan perhimpunan tersebut dari enam penjuru. Mereka memfokuskan bahawa keganasan pihak polis adalah lebih teruk berbanding dengan tindakan mereka pada perhimpunan yang sebelumnya, Bersih 2.0. Ranjit berkata, kebebasan untuk berhimpun di negara-negara demokrasi perlu ada batas dan syarat-syarat tertentu. Apabila membandingkan kedua-dua perhimpunan, beliau berkata bahawa peserta Bersih 2.0 merempuh masuk ke Dataran Merdeka walaupun kawasan tersebut tidak meluluskan permit mereka untuk berhimpun di kawasan tersebut. Bagaimanapun, penganjur Bersih 3.0 masih mahukan Dataran Merdeka walaupun pihak berkuasa telah menawarkan Stadium Merdeka kepada mereka. Beliau bersetuju bahawa perhimpunan Bersih adalah satu perhimpunan antara NGO-NGO, tetapi, beliau berkata bahawa perhimpunan seperti itu akan sering disertai oleh pemimpin-pemimpin politik yang mahu berkerjasama dengan pihak penganjur.

Rahsia Tarikh 31/08/57

31 08 57 - Rahsia Angka 857 adalah tahun pembukaan Kota Konstantinople oleh Raja Muhammad Al Fateh iaitu tahun 857 Hijrah/1453M. Rahsia Angka 108 adalah 10 Ramadhan 8 Hijrah iaitu pembukaan kota Mekah. Rahsia Angka 31 pula adalah nilai numeric Alfabet Arab iaitu AL ( Alif dicampur dengan Lam nilainya ialah 31). Selain daripada itu rahsia angka 857 dalam nilai numeric Arab ialah Baldatun Toyyibatun. Ba + Lam + Dal + Ta, + Tho + Ya + Ba + Ta (2 + 30 + 4 + 400 + 9 + 10 + 2 + 400 = 857)Rahsia angka 31 adalah nilai AL. Alif + Lam ( 1 + 30 = 31)Maka maknanya tanggal 31 bulan 08 tahun 57 ialah AL-Baldatun Toyyibatun (Si Negeri yang baik aman dan makmur). Rujuk Baldatun Toyyibatun Surah Saba' ayat 15. Syeikh Abdullah Fahim secara hakikat telah mengikat (binding) angka pembukaan kota Mekah 10Ramadhan 8Hijrah dengan angka pembukaan kota Konstantinople 857 Hirah dengan angka tarikh kemerdekaan Malaysia maka jadilah 310857. Oleh itu tarikh kemerdekaan Malaysia adalah satu ikatan binding antara Pembukaan Kota Mekah dan Pembukaan Kota Konstantinople (Daulah Turki Uthmaniyah). Tarikh inilah rahsianya menjadikan Malaysia aman dan makmur dan selamat daripada berbagai-bagai ancaman dengan IZIN ALLAH AZZA WA JALLA berkat ilmu Falak Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim.